Monday, October 17, 2011

Pau Lembut...

Assakamualaikum dan salam sejahtera buat kengkawan semua...haro ni nak tempek kuih pau yg Liza buat tuk breakfast semalam...resepi ni Liza amik dr blog Hana yg asal katanya dia amik dr dapur kak Ton.pau ni mmg gebu dan lembut walaupun tak dipanaskan...en hubby ngan anak2 suka sgt mkn pau2 lembut cmni..Liza buat 2 inti, satu inti kari ayam dan satu lagi inti kacang merah...




RESEPI PAU  KAK TON


Bahan-bahan
  • 250g (2 1/2 cwn) tpg pau diayak ( tpg gandum pun bleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam
Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***Tips : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu dan utk pau yg sentiasa panas dan lembut, letakkan dlm rice cooker di atas nasi (jika mempunyai rice cooker yg ade pengukus).
      Liza doublekan adunan di atas..dapat dlm 20 biji..


RESEPI INTI KACANG MERAH

Bhn2

Kcg merah - dibasuh dan direbus hingga empuk
Gula secukup rasa
Sdkt garam
Sdkt minyak

- blend halus kcg merah yg direbus td.
-panaskan sdkt minyak dan masukkan kacang .
- masukkan gula dan sdkt garam
- masak hingga kering.
- sedia utk dibuat inti pau, roti,donut dan sebagainya..

SELAMAT MENCUBA



10 comments:

Ucu Faridah said...

tengok pun dah tau mesti gebuz..n sedap..minta izin nak buatnye.

Liza said...

mmg sedap ucu...mmg gebusss ssgt..sila sila jgn malu2 yer...

Kakzakie said...

Kakak rasa lain kalai kalau nak cari resepi blog liza pun akan jadi satu dari sasaran kakak dah...

Liza said...

Tima kaseh bebanyak akak atas sokongan tu...lapppp u...muaaahhhh

AZLITA AZIZ said...

salam liza...
Banyaknya akak tertinggal resepi yg sedap2 dari dapur liza..

pau ni mmg nampak sangat lembut dam mengoda betulll...

nanti akak nak cuba lah resepi ni.. memang sangat menarik!

cik cek said...

Emmmm...pau yg putih menggebu....lama dah tak mengepau....:D

Liza said...

Tima kasih kak Ita sudi intai dapur Liza yg kelam kabut ni...silalah cuba resepi ni kak, mmg berbaloi baloi..hihihi

Liza said...

Kak cek...mengepau??hmmmm bahaya tu...ekekkee

cik cek said...

Liza....ha ha ha...akibat pencemaran bahasa...'mengepau'....he he he...dtg balik ni...kak cek nak mintak upahlah...nak rasa pau yg liza buat....resepi amik dah...nak buat seru lum mari lagi...:D

Nadia Zainuri said...

ASSALAM AKAK..MAAF NAK TY LPS MASUKKAN INTI,PERLU REHATKAN DOH SHJ KAN DLM KUKUSAN TP XPERLU KKUS LG.TGGU NAIK KE BARU KUKUS..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...