Sunday, October 23, 2011

Cornflake Madu Pedas dan Rangup...terbaeeekkkk


Hari tu jln2 kat dapur ratu kek lapis kita, sape lg kalau bkn Dayang...dok belek punya belek jumpa lah resepi cornflake ni...bila tgk bhn2 nya terus jatuh cintan sbb bhn2 dia ala2 macam kita buat kerepek ubi pedas tu...kebetulan cornflake kat dapur pun bnyk lg,so projek pun terus on je la...tp mmg Liza tabik la kat Dayang sebab resepi ni mmg sedap...ada rasa manis, pedas dan rangup....i likeee..so Liza mintak izin share resepi kat sini pulak yer..

RESEPI CORNFLAKE MADU PEDAS RANGUP

Bhn2
  • 1 bungkus cornflake
  • 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit cili giling/cili kisar
  • madu secukupnya
  • sedikit garam
  • 100 g mentega +/-
  • Liza tambah ikan bilis goreng.

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata.
  4. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.
  5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C.
  6. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang.
  7. Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama.



    Dah ready disimpan dlm tupperware...cubalah sbb mmg best...tak rugi wooo...

3 comments:

inahar ali said...

salam liza..woww nengok pun tau best nih..wajib try ni!!

Liza said...

Salam kak ina...mmg best,ala2 kerepek ubi pedas...try la..

cik cek said...

Wah!...resepi dan idea best ni...leh try buat nanti...tq liza kongsi2 resepi...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...