Friday, April 20, 2012

Thosai Rawa dan Chutney Kelapa...

Assalamualaikum wbt dan selamat mlm semua....dah lama betul tak jenguk dapur ni, biase la keadaan yg tak mengizinkan...terima kaseh pada teman2 yg sudi tinggalkan komen kat blog Liza ni, dan seribu kemaafan dipohon kerana tak berkesempatan mmbuat kunjungan balas...nnt ada masa Liza g terjah yer...ekekekeke


Dah dinner ke belum, meh dinner tosai ngn Liza...sedaaap jugak sesekali tukar selera...sebenarnya ni kes terliur tgk kat dapur Kak Ros ari tu...sebelum ni tak tau pun ada tosai rawa yg instant, lepas Kak Ros bgtau, terus la g cari tepung instant tu...tp Liza tak berapa pandai nk agak air tu, mula2 buat mmg nmpk sgt ketebalan tosai tu, tak pe la cepat sikit kenyang....hiihihihi

Liza buat cm tips Kak Ros bg, tumis dulu biji sawi dan daun kari, pastu baru masukkan dlm kelapa tu...mmg sedap n wangi bau chutney kelapa tu...

RESEPI CHUTNEY KELAPA

Bhn2:
100 grm kelapa parut agak putih
* 10 biji cili hijau dipotong kecil (cili hijau yang digunakan ada yang kecil dan ada yang besar sebab tu P.Ros guna 10 biji)

* 1 sudu besar sour cream
* Garam dan gula secukup rasa
* 1/2 cawan air panas
Cara menyediakan
1- Masukkan kesemua bahan kedalam blender dan mesin sampai halus.Tuang kedalam mangkuk dan tambah garam dan gula secukup rasa.Siap untuk dihidang bersama tosai.
Nota: Tips dari kak Treat And Trick yang ditinggalkan kat coment box..tumis sedikit biji sawi dan daun kari dan siram atas chutney kelapa yang dah siap.Pasti lagi sedap.(Thank you kak)


Lenkali Liza nk masak tosai ni garing cm Kak Ros la, baru cantik kan, bkn ape sebenarnya, Liza takut terlebih garing pulak....ecececeh cover line la tuuu....hihihihi

13 comments:

hazila said...

Salam.
Saya selalu nampak instant rawa tu kat pasaraya. Tapi sebab tak pernah makan so takdelah belek dekat dekat.

Amie said...

Malam Liza.... wah! Special pulak hidangan malam ni...sungguh menyelerakan! Betul tu Liza, sesekali memang kena tukar selera!

ijayuji said...

Salam kak liza! sesekali layan indian foods sedap kan kak, kita lupalah permah makan ke tak ya? hihihi... tgk akak buat ni teringij lah pulak, kat tempat kita ni byk india, selalu bau kari hihihi..

Liza said...

wslm zila...nnt try la buat guna tpg instant tu, senang jer...

Liza said...

mlm amie..tu la kdg2 tekak ni taknak mkn nasi, terpaksa lah cari alternatif lain...nk g mkn otak2 ikan pun jauh...hihiihi

Liza said...

wslm ika...bau kari hari2 la yer, bestnya....hihihihi

KakAsma said...

Liza.

kalau gi kedai makan suka tul makan tosai..masam2 gitu..hehehe lama tak makan.akak baru teragak nak buat capati..tu kuah cutney tu sedap yer..jakun sekejap!!!

Cheq Sue said...

tosai x pernah buat lagi. chutney tu dah buat tapi warna kuning. kalau ada jamuan dekat sekolah selalu gak anti cleaner buat tapi was-was nak makan, nanti nak usha jugak la tepung segera tu

rostina76 said...

salam k.liza....ooo, mcm tu rupanya cara nak buat kuah kelapa (hehe, saya xtau namanya chutney kelapa)

Wani SK said...

salam kak liza ... wani tak pernah makan lagi jenis roti camni tosai tapi pernah tengok orang buat kat kedai dia tebar nak buat tosai kot besarnya.... x order pon tengok orang buat je hihi ....... blhla nak cuba nanti

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Liza,wah dah jadi pun..sedapkan???

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

iNI SUDAH BAGUS SEKALI DENGAN CHUTNEYNYA...AKAK PUNYA BUATKAN ONION TOSAI 1 YA

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

iNI SUDAH BAGUS SEKALI DENGAN CHUTNEYNYA...AKAK PUNYA BUATKAN ONION TOSAI 1 YA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...