Thursday, April 26, 2012

Ikan Goreng Perap Sambal Bonda....


Sebenarnya dah lama bebenor Liza masak ikan ni, tp tak tau nak letak nama apa....so, setelah berbincang dan bersepakat dgn Ahli Majlis Tertinggi (hubby n Rina adik Liza) kitaorg setuju la dgn nama resepi ni....hihihihihi ayat poyoo....

Kalau dulu2 arwah ma akan masak ikan style ni guna ikan bawal, tp Liza cuma guna ikan selar je...mmg sedap tak terkata sbb ikan ni diperap dgn sambal sebelum digoreng....

Moh kita tgk resepi ni , pada sesape yg nk menery tu jgnlah malu2 meowww yer, sudi2kanlah mencuba....hihihihii

RESEPI IKAN GORENG PERAP SAMBAL

Bhn2:

2 ekor ikan bawal atau ikan apa2 pun - bersihkan
5 ulas bwg merah - tumbuk
2 ulas bwg putih - tumbuk
6 s/b cili mesin @ lebih - terpulang
Garam dan serbuk perasa
Minyak

- perap bhn2 tumbuk, garam, perasa dan cili mesin dgn ikan selama 2-3 jam.
- panaskan minyak dan grg ikan hingga masak dgn api sederhana..jgn grg api kuat, nnt sambal cepat hangit..
- angkat ikan dan tumis pula sambal lebihan perapan td dgn api perlahan dan curahkan ke atas ikan yg telah digrg td.
- sedap di mkn dgn nasi panas2....



Ikan grg perap sambal ni mmg sedap sbb sambal dah meresap ke dlm isi ikan,biasanya Liza mkn dgn sup sayur jer....perggghhhhh


7 comments:

ieja amieja said...

assalam kak..
ari ni sy masak ikan jg..sweet sour bawal hitam..len kali nak jg cuba resipi ni..mkn ngan nasi panas je pun sedap kan..

Qasey Honey said...

asslm kak Liza...mmg mengiurkan tgh ikan tposing...hehehe...mesti sedap ni...penuh kerak2 kt atas ikan tu...haaa tliurnye...

Nuwairani Ismail said...

perghhhhhh! dah lama x makan nasik ni...agak2 kalau ada ikan ni depan mata, konfem 2 kali tambah...x sabarnya nak balik kg, makan menu mcm ni.

Rohah said...

salam kak Liza,
Rasa enak klu perap2 nie, nak seekor..

ijayuji said...

Salam kak liza cayang! sedap tgk ikan yg akak masak ni、selalu ler dtg berkunjung tukar2 lauk kan kak hihihi..

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Liza..

Wahhh..siap perap ni.Mesti sedap tak terkata..

Yana Shaiful said...

Salam Kak Liza..yana dtg bwk nasi sepinggan nii..ikan goreng ada lg x.. sedapnya mkn dgn nasi panas2 :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...