Sunday, April 22, 2012

Apam Comel Berinti...


Assalamualaikum wbt... dah lama tak buat apam comel2 cmni...act resepi ni Liza amik dr Dapur Mamasya, sebenarnya dulu2 Liza ada tgk kat fp dia, so kira dah lama sebenarnya resepi ni...rasa apam ni sama jer dgn apam dot dot tu, cuma yg ni sukatan dia sikit, jd senang la utk family yg tak ramai, kan..Pada sesape yg berkenan tu, boleh la cuba resepi ni pulak sbb mmg tak akan menghampakan...Liza buat 2 inti, yg putih tu peanut butter dan yg merah tu jem stroberi...

Liza mintak izin share resepi ni kat sini yer Mamasya...

RESEPI APAM COMEL BERINTI

Bhn2:

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry -(utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.




Cara.
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat).
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)

9 comments:

ijayuji said...

Salam kak liza! aaaaaaa...apam comel2 ada inti ni pun kita suke :D sedapppp! lama tak buat ni kak, nanti boleh buat kalau free :D nak yg kaler fink tauuu! hihihi..

ady said...

as-salam kak Liza
cantik apam tu kak LIZA..SUKA YG WARNA pink TU..comel2 lagi..

Nuwairani Ismail said...

dah lama tak buat apam comel2 ni..tak berapa nak rajin pulak nak kukus2 ni..hadoi..kene ada org tolong baru bleh buat ni

Qasey Honey said...

waduhh comeiiinye apam2 tu semua..QH nk kaler pink tu yer...kaler fav tu...QH bpe geti sgt buat apam mcmni...kebiasaanya susah nk jd mcm tu gebu...huhuu

Mamasya said...

Salam Liza....slmt berhujung minggu.tkasih mencuba resepi ni...betul tu apam ni sukatan dia tak byk, sesuai utk sekeluarga dan lembut

Amie said...

Memang comel-comel apam tu, warna warni lagi... petang2 begini, dahlah tengah hujan kat lur tu sedap betul dapat ngadap apam comel berinti dengan teh 'o' panas!

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam walaupun dah terlewat sha nak yang ada inti peanut tu.. 2 biji jadilah.. kalau ada... macehhh

Ucu Faridah said...

bila dibubuh dot2 jadilah apam pokaldot...
makan tak ajak pun ye..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

masa mula2 kenal ngan apam berinti org dok panggil apam blossom kan? biasanya guna inti kelapa... tp masa tu lom ada kerajinan nak buat.. skrg ni senang sbb byk pilihan inti leh dpatkan dari kedai bakeri aje kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...