Thursday, April 5, 2012

Roti Canai Telur dan Roti Sardin...Resepi 2


Assalamualaikum wbt...ni kes dok terliur tgk Mek Ika  tayang roti canai dia ari tu...so, malas dok pikir pasal diet, terus tebar jer roti canai tu, diet tolak tepi...janji tak kempunan...hihihihii

Suka sangat dgn kelembutan roti canai ni, mkn sekeping mmg tak cukup..kena mkn berkeping2 utk mendapatkan perut yg berlapis2 yer..ingat tu...muahhahhaaa

Akak minta izin letak resepi kat sini pulak yer...thnx

RESEPI ROTI CANAI

 Bhn2:

3 cawan tepung gandum
1 hingga 1 1/2 cawan air - terpulang pada kualiti tepung (Liza guna 3/4 cwn je)
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak

Cara membuat nya:
1. Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
2. Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual) tp campur semuer kalau pakai mesin.
3. Campur minyak masak
4. Campur marjarin

Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat,
tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.

Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai)
Dan saluti dgn marjarin utk mengelakkan ia dari melekat.(maisya salut dengan minyak)
Tinggalkan selama 2 jam.

Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing

lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu

Di sini PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais




 

                                                         Liza mkn ngn kari ayam...

10 comments:

ijayuji said...

Salam kak liza!! untuk kita roti telur ada tak kak? hihihi... kita makan pengat jerr pagi ni :D nasib baik dah beli ikan leh buat kari ikan pastu leh buat roti canai :D

Liza said...

amboiii ika...asyik no nk menebar yer..sajer nk bg akk terliur lg la tu...menci tawww....hihihiihi

Tina Othman said...

seda[nya kak liza, tak penah lg buat roti canai, yg benornya malas, selalu beli je

tun_telani said...

morning kak liza!!! rajinnyer!! tun teringin nk mkn, tp aritu buat jd keras kejung. muahaha.. mmg xde bakat buat roti canai. nk tebar pun x pandai. hihi

Sari Yusa Ibrahim said...

tak tercapai-capai lagi hajat kita nak meroti canai ni, entah bila laaaa.. hehehe

Mas said...

kak liza...
roti canaiii telurr 10 bijii..he3
rajinnya akak buat roti canaiii..
dah mcm roti kat kedaii tau..
mengeliurkan..

HALAMANKU said...

Wah Kak Liza rajinnyer menguli n menebar roti canai neh.. he he he sedapnyer.. Roti sardin satu! he he he

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

hamboiiiiiii terlioq bagai nak rak ai tgk ni....x pernah homemade lagi roti canai ni....tetiba rindu kat roti canai mamak kat mesia ni ngeeee

Ucu Faridah said...

salam liza....
roti canai pisang satuuuuu...petang ni jugak mari...hihihi.

hazila said...

Habis la semua kedai mamak cam ni.... saya memang tak rajin la nak menebar roti canai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...