Tuesday, April 10, 2012

Roti Gulung Floss Ayam....


Ni kes nak perabis floss ayam yg beli dulu, tp tak abis2 jugak, tensen mak...ihihihihi
Kali ni Liza guna basic dough roti dr Kak Nor, roti ni mmg lembut sbb guna water roux...sesape yg nak cuba blh tgk resepi kat bawah yer...macam2 roti blh buat ngn doh ni, suka hati la nk pintal ke, bulat ke, ikut suka masing2 yer...

Liza mintak izin share resepi kat sini yer Kak Nor...thnx bebanyak..

RESEPI BASIC DOUGH KAK NOR

Bhn2:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


WATER ROUX: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

Tengok tu, mmg nmpak kegebuan dan kelembutan roti ni...mmg berbaloi baloi...mak tak tipu yer...hihihihihi

8 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Wah sedap nampak Liza...kilat2 lagi tinggalkan seketul

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Liza...sedap tu..Kak Ros suka betul chicken floss

K.Nor said...

alhamdulillah.. mmg tak rugi mencuba resipi ni kan.. mekasih liza.. ada lg tak bun tu :)

Liza said...

mmg sedap kak paty, tp cm biasa la, udah licin...hihihihhi

Liza said...

betul tu kak ros, liza pun suka jugak tp anak2 kureengg sikit...

Liza said...

terima kaseh kembali kak nor atas resepi yg marbeles ni...kalau kat umah ni, roti dioarg suka pulun masa tgh panas2, maknanya mmg dah abis la...hiihhihi...mmg sedap kak nor...

Melly Octaviana said...

kak Liza..masih ada ngga lapar lah malam malam liat roti..huhuhu

Nuwairani Ira said...

dah lama nani teringin nak buat ciken floss bun ni. tapi tak tahu kat mana nak cari ciken floss tu.pernah juga tanya mak kot2 tauke serunding kg laut ada buat. katanya dah lama tak buat serunding ayam. terbuku macam tu je la hasrat ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...