Monday, April 2, 2012

Roti Arab dan Kuah Kari Dhall...


Resepi roti arab yg Liza amik dr dapur Kak Hanieliza yg pemes tu...jom kita tgk resepi yer...


RESEPI ROTI ARAB

Bhn2:
500 gm tepung hi-protin ]
1 paket yeast..mauripan ] gaul rata
50 gm gula kastor/halus ]
Secubit garam

250 ml air suam
6 s/b shortening/lemak sayur..(warna putih)

Cara
1 . Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 atau 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar.
5. Bahagikan supaya menjadi ketulan keci.
6. Leperkan dan biarkan adunan naik semula [dalam 15 minit].
7. Masukkan adunan yg telah naik dalam kuali tak lekat [non-stick pan]...jangan gunakan minyak.
8. Panaskan dgn api yg paling kecil. Tutupkan kuali.
9. Masakkan dua-dua belah adunan sehingga agak kekungan/garing.
10. Angkat dan hidangkan dengan kari ayam atau daging.


Liza makan dengan kuah kari dhal dan sambal bilis....sedapp sangat gandingan tu...kalau sendiri tak puji, sape lagi yg nak puji, kan...ekekekekekeke


Resepi kari dhal ni kan, Liza skodeng dr umah Madiha...mmg best dan menepati selera kami sefamily....thnx yer pada Kak Hanieliza n Madiha atas resepi2 yg mmg marbeles....

RESEPI KUAH KARI DHAL

Bhn2:

1 cawan kacang dhal (khas utk buat kuah dhal) ~ cuci bersih & rendam dalam 1 - 2 jam (lagi lama rendam lagi cepat kacang empuk)
1 cawan ayam ~ dipotong kecik2 (bahagian tulang2 pun takpe just utk maniskan kuah aje.. kalu nak masukkan isi2 pun tak salah)
6 urat kacang panjang ~ potong 1 inci
1 batang carrot ~ potong ikut suka
2 biji ubi kentang - potong 4
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus
1 tangkai daun kari
3 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan
1 sudu kecil serbuk kunyit*
1 sudu besar serbuk kari daging*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika takmau pedas)
1s/k rempah campur - Liza tambah
garam & perasa secukupnya
minyak utk menumis
air secukupnya utk kuah
(bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes)

Cara2 Memasak
1. Rebuskan kacang dhal yg direndam tadi hingga kembang & agak2 nampak nak pecah sikit.
2. Dalam periuk lain atau kuali.. panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 hiris dan rempah campur hingga terbit aromanya. Masukkan daun kari serta pes rempah2 tadi. Kacau rata dan biar wangi.
3. Masukkan ayam dan kacau kejap pastu masukkan air. Biar ayam masak sekejap.
4. Biar mendidih & last sekali masukkan bahan2 ini dalam periuk kacang dhal yg direbus tadi, cili kering goreng, lobak merah,ubi kentang & juga kacang panjang. Masukkan garam & perasa secukupnya & biar mereneh ikut kepekatan yg anda suka. (boleh tambah air jika kuah terlalu pekat)
5. Siap utk dihidangkan dengan puri, chapati, roti saj ataupun roti canai what ever u like...

4 comments:

Tina Othman said...

wah bestnya, dah lama tak meroti

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Liza kak ros suka apa-apa roti cicah dgn kari.Yang ni mesti sedap kan?

Liza said...

mmg best la tina...tp akk meroti pun jarang2 jugak, takut nnt kembang mcm roti....hihiihihhi

Liza said...

kak ros...betul tu, roti arab cicah ngn kari dhal mmg sedap...ala2 mkn kat kedai mamak gtu....huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...