Friday, April 27, 2012

Mexican Bun/ Roti Kopi/ Roti Boy...


Buat lagi mexican bun atas permintaan anak2....tp kali ni Liza letak choc chips...bertambah2 kesedapan roti ni...macam biasa la resepi ni Liza amik dr dapur Lilydvalley MyR...terima kasih sekali lg atas resepi ni yer Lily...kalau nk tgk versi yg Liza buat dulu blh la klik SINI ye..

Moh kita tgk resepi ni...

RESEPI MEXICAN BUN

 Bahan-bahan ( 17 biji bun )
  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

 
Cara-cara

Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.


Doh Roti

Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.  
Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi. Masukkan telur dan air/susu segar.
Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan





12 comments:

Yana Shaiful said...

~Pantas betul k.Liza nii..pagi td bekpes kat USA..minum petang kat mexico pulak..hahaaa..bak 2 ketui kak..yana suka aroma bau roti nii.. :-)

dZana said...

waaa.. terbau2 sudah coffee.. sedapnya liza..

FnF Simple Life said...

sedapnye...suka sgt rotiboy ni...

ijayuji said...

Salam kak liza, resepi dr kak lily ni kita suke sbb sedap!! Lama sgt tak buat roti ni sbb nk kena buat filling dgn topping, kena sediakan topping dgn filling dulu baru boleh buat :D

Yatie said...

eehhh mcm tau2 je, tadi akak tngh cari resepi roti boy ni lerrrr..tetiba nmpk liza tayang kat sini..makin terujalah akak nak membuatnya...nmpk sedap sngt..

Nuwairani Ismail said...

pernah 2x dah kot nani buat roti ni. suke sgt2...rasa mcm beli kat kedai aje..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

1st time kak ros tengok roti boy 4segi ni...roti boy memang sedapkan.

Anna Qawina said...

jauh benor nak g makan roti..mexico tu..hihi..nk try gakla, kalo doh roti tu guna yg biasa kita bt ok x yer..nk cuba..nak cuba..

Amie said...

oooo Liza... kelmarin petang Kak Amie singgah kejap di shouthern bakery, nampak mexico bun, teringatlah rupa mexico bun seorang blogger tapi tak ingat mana satu, bila datang sini rupanya Liza pernah buat sebelum ni... agaknya itulah yang Kak Amie nampak dulu tu! Nak belajar buat mexico bun dari Liza pulak!

~~zana@pb~~ said...

Akk tolong simpan resipi je.....huhu....teringat roti boy kt Alamanda, rindu nk mkn.

Tina Othman said...

wah sedapnya kak liza, ingat lagi time roti boy ni famous, beratur nak beli

rajinnya kak liza meroti, dah lama tina tak meroti

Rohah said...

salam..
hmmmm..sedap roti ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...