Thursday, July 11, 2013
Tepung Pelita....
Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadan buat semua kengkawan yg Liza sayangi....hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa ye...pening jugak bila pikirkan juadah berbuka nnt...kebetulan adik pun baru belajar puasa thn ni, jadi sedikit sebanyak mmg kena ikut selera dia lah, at least dia berselera bila berbuka nnt...
Tepung pelita ni sesuai sgt utk dijadikan kuih muih berbuka nnt, nk buat pun senang, blh jugak buat awal, masukkan dlm fridge dan bila time berbuka ptg nnt boleh keluarkan dan terus ngap...mkn sejuk2 lg sedap...
Liza masih gunakan resepi yg biasa Liza buat sbb senang, tak yah nk kukus bagai...
RESEPI TEPUNG PELITA
Bhn2:
Bhn2 bahagian bawah:
1 cawan tepung jagung/ tepung beras
7 cawan air
Pewarna hijau
3 helai daun pandan + air - blend
Gula -ikut kemanisan yg disukai
- masak semuanya di atas api perlahan hingga pekat dan tepungnya masak.
- masukkan ke 1/2 dlm daun pisang @ cawan2 kecil .
- ketepikan.
Bhn2 bahagian atas:
1 cawan tepung jagung/ tepung beras
7 cawan santan
Sedikit garam
- masak semua atas api perlahan hingga masak dan pekat.
- masukkan ke atas adunan pandan td dan penuhkan bekas.
- sejukkan dan sedia di makan.
Labels:
kuih muih,
minum petang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment