Tuesday, July 9, 2013

Apam Gula Hangus Kak Besah....


Jumpa resepi apam gula hangus ni kat dapur SINI, terima kasih ye Kak Besah, apam ni mmg lembut sepanjang hari...besok pun still lembut, mmg tak rugi cuba...

RESEPI APAM GULA HANGUS

Bhn2:

  • 1 cawan gula pasir(200g) - jadikan gula hangus dgn 1 cawan air
  • 1 cawan majerin @ mentega(250g)
  • 11/2 cawan gula pasir(300g)
  • 3 biji telur gred A @ B
  • 3 cawan tepung gandum(300g)
  • 2/3 cawan susu cair @ bancuhan susu tepung
  • 1 sudu makan soda bicarbonate.
  • Cara-cara

    1. masukkan secawan gula dlm kuali, goreng (tanpa minyak ya..)hingga kesemua gula cair & jadi coklat keperangan.pastu masukkan secawan air. didihkan lagi hingga gula yg keras tu cair n agak pekat. bila dh jadi,tutup api.semasa masih panas,masukkn majerin kacau hingga majerin cair & ketepikan.
    2. blend gula bersama telur sampai gula hancur n telur berbuih.(gune blender cili je).
    3. masukkan sodabicarbonate n blend 5 saat.
    4. masukkan gula hangus bercampur majerin tadi n blend 3 saat je.
    5. tuang adunan yg diblend tadi kedalam mangkuk,campurkan tepung sedikit demi sedikit, gaul rata.akhir skali masukkn susu.kacau sebati dengan pengacau telur manual.                 
                             
    6. panas kan air dalam pengukus.sementara tu sapu majerin dalam acuan.masukkan adunan hingga 1/3 acuan je.(ia sangat mengembang) bila air kukusan mendidih kukuslah apam selama 15 minit.                 
                             
    7. sedap gak dimakan bersama kelapa parut bercampur garam.



    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...