Tuesday, September 18, 2012

Cupcake Chocolate Moist.....


Cupcake choc yg buat utk kawan2 angah yg dtg beraya ari tu...Liza dah pernah buat sebelum ni tp versi kek masa brthday abg...tp kali ni utk memudahkan kawan2 angah mkn, Liza buat dlm versi cupcake pulak...kek yg best, lembut n gebu..Liza mmg dah jatuh cintan habis dgn kek ni....

Resepi ni Liza amik dr fp Madihaa..Liza buat 2 versi, satu topping buttercream dan satu lagi topping ganache chocolate...jom kita tgk resepi ni sekali lagi ye...


RESEPI CUPCAKE CHOC MOIST

Bhn2:
1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

P/S : Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan.



RESEPI BUTTERCREAM

Bhn2:

80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan gula icing - diayak 3 kali
1/4 cawan golden sirap

 

- satukan butter bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih.
- masukkan gula icing dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi.
- gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
- warnakan dan paipkan ke atas kek atau cupcake...
 
 

RESEPI TOPPING CHOCOLATE

Bhn2:

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 s/b minyak masak
1 s/b mentega
3 s/b susu segar / susu cair

- masak semua bhn atas api perlahan hingga sebati dan kelihatan berkilat dan sedikit pekat...
- sedia sejukkan sebentar dan sedia digunakan...


16 comments:

Anna Qawina said...

ting tong...nk yg kaler oren tu..
nk try gakla...kalo bt kapkej pernh x lekang tepi tu? canne ye...kot2 ada petua

Cik Honney said...

sedapnyer akak...nk gak lah try buat nanti...akak nk minta tlg vote honney kat cni jap blh x??thanks akak..

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=344618788964349&set=a.339445172815044.80309.162295880529975&type=3

Liza said...

alaa ana ni buat malu akk jer, dia buat kek lg cantekkk...
kdg2 akk buat pun lekang jugak tp cupcake yg ni mmg tak lekang, cubalah...

Liza said...

nnt try buat tau, mmg tak nyesal...ok, nnt akk vote Honey...

Teacher Zaar said...

Nak try lah.. Isi adunan separuh ke penuh. Kek tu tak naik kan

Liza said...

Teacher Zaar, adunan tu isi 3/4 penuh ye, nnt dia naik kembang...

Qasey Honey said...

cantiknye kak Liza cc tu...deco yg simple tp mnarik...QH xgeti nk deco yg gitu..mesti jd rupa lain nti..hehe

~~zana@pb~~ said...

Rajinnya Liza ni...tapi anak ramai takpe juga, gerenti habis kalau kwn2 tak habiskan. Akak malas nak buat dah, sorang jek yg mkn, membazir.

Liza, akak ada update psl cuti2 Sabah, boleh la utk membantu sikit2, nanti ada masa liza tengok ye. Nak dtg calling2 akak. Nombor kita pm kat fb.

Chik Mimi said...

cantiknya ,saya bab deco ni mmg hancus

rahel said...

Salam Liza...Rahel nak yang de topping cokelat tu..boleh yer..

inahar ali said...

adehh..dapnyer liza!! tomei2 jer cc tuh..nk minta sure dh abihkan!!

Cheq Sue said...

cantik je spiral tu... sayang nak makan

ijayuji said...

Salam kak lizaaaa!!! nak nak nak!!! kita suke buttercream :D bestnya kalau dapat seketul tuu pasti kenyang :D cantek ler bentuk BC akak ;-)

nur damia said...

salam akk na tanya,cupcake tuh nak bakar berapa lama ye..

nur damia said...

kalau ta guna mixer tak pe kan akk

Soraya Ramlee said...

Salam, tumpang tanya.. Essence vanilla xperlu letak ke?? Saya dah buat guna resipi akak, sedap... Walaupun sy x guna susu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...