Wednesday, July 3, 2013

Puding Roti Pandan...


Resepi ni Liza jumpa kat fb Chef Joha Hassan atau lebih dikenali dgn nama Papajoh...terima kasih papajoh dan Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye...

RESEPI PUDING ROTI PANDAN

Bhn2:
6 bantal roti hotdog di siat2 kasar -Liza guna roti gardenia je
200ml santan atau 1 kotak kecil santan 'Kara'- Liza guna susu sepenuhnya
2 helai daun pandan - dipotong 3 -Liza blend dgn susu
1 sudu teh essence pandan hijau
1 sudu teh essence vanilla
500ml susu lemak biasa - full cream milk
1 sudu teh garam
Gula secukup rasa, ikut citarasa manisan dikehendaki
1/2 cawan buah cranberry kering atau Kismis - Liza guna kismis
2 sudu mentega
1 biji telur

Cara2nya
Panaskan susu dalam periok, letakan 2 sudu mentega, garam dan daun pandan. Bila susu mula mendidih letakan essence pandan hijau, kacau hingga sebati, letakan gula dan santan. Ambil mangkuk casserole yang sederhana, letakan roti yang di siat kasar2 tadi, taburkan buah cranberry kering. Ambil sebiji telur, pecahkan didalam air susu dan santan, kacau supaya telur nya tidak masak, pukul susu nya supaya sebati. Tuangkan kedalam mangkuk casserole berisi roti.Panaskan oven atau air di kuali. Anda boleh kukus pudding roti ini atau letakan di dulang pembakar berisi air sedikit. Panaskan oven dan letakan mangkuk casserole di dalam oven. Bakar selama 30mins di suhu 160C. Anda boleh membuat krim sos vanilla atau makan tanpa krim sos.



2 comments:

dZana said...

aslmualaikum liza.. apa kbr.. terbau2 harum pandan .. akk pun suke puding roti, tak prnh cuba guna pandan.. citarasa malaysia ni

faa.rosli said...

sedapnya.nak try laa buat puding roti pandan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...