Monday, July 1, 2013

Nasi Lemak Hijau...



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali ..hari ni dah 1 Julai 2013, maknanya lebih kurang 9 hari lg Ramadhan al Mubarak akan menjelma..semoga segala amal ibadat dan puasa kita nnt akan  mendapat keredhaa dr Allah swt...Aamiin

Hari ni nk tayang nasi lemak hijau yg buat entah bila, mmg dah lama sgt2...hihihi



Resepi sama mcm yg pernah Liza buat dulu, resepi asal ni dr CMG, tak jumpa pulak link dia, mintak halal ye Cik Mat..

RESEPI NASI LEMAK HIJAU

Bhn2:

4 cawan basmathi - cuci dan rendam 20 minit, toskan.
1 biji kelapa - ambil santannya.
10 helai daun pandan - kerat halus dan kisar
1 cawan air - untuk dikisar dengan daun pandan
1s/t pes pandan - liza tambah
2 batang serai - dititik
1 helai daun pandan - simpulkan
1 inci halia - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk - liza hiris
5 ulas bawang merah - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis *
1 kuntum bunga lawang *
5 kuntum bunga cengkih *
3 biji buah pelaga * (* bahan rempah tumis)
1 camca teh serbuk lada hitam - skip
garam



Bahan sampingan:-

Timun/Tomato ceri
Telur dadar/telur rebus
Ikan/Ayam goreng

Cara Memasak:-


Beras diletakkan dalam rice cooker. Perah kelapa dengan air daun pandan yang dikisar tadi secukupnya. Ketepikan. Panaskan minyak, tumis bahan rempah, halia, serai, bawang merah dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan. Masukkan santan secukupnya mengikut sukatan/jenis beras. Tambah garam dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan tuang santan ke dalam rice cooker. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masaklah nasi seperti biasa. Hidangkan dengan lauk/sambal kegemaran

2 comments:

adda syuhada said...

salam k.liza..
waa tayang nasi lemak ijau...
sabar jer la..dah la ari ni posa..hihiiih

Sweet red cherry said...

salam kak..

menarik nasi lemak hijau ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...