Thursday, July 4, 2013

Chocolate Chips Fudge Cupcake...


Dah lama sgt rasanya salin resepi ni dr dapur Mamasya..tp baru kali ni terbuat...bg Liza cupcake ni lebih kepada tekstur muffin, cara buat dia pun sama..apa2 pun nama dia, cupcake ni tetap sodapp dan anak2 mmg suka sgt la..yana pun cakap dah lama umi tak buat muffin coklat...huhuhu kesiannya..



RESEPI CHOCOLATE CHIPS FUDGE CUPCAKE

Bhn2:
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 cawan minyak masak- guna minyak jagung
1 cawan susu segar or susu cair
1 sudu kecil essen vanila
1/2 cawan choc chip
1 biji telur- pukul sedikit

Cara-cara
Panaskan oven atau kukusan. Susun mangkuk cupcakes
Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder
Gaul sebati gula, tepung, koko, soda & baking powder
Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu dan essen vanilla
Masukkan campuran tepung & koko kedalam campuran minyak.
Kacau sebati dan masukkan choc chip. Sudukan kedalam mangkuk cupcakes
Kukus/bakar selama 20-25 minit - mama guna suhu 170'c (Liza pun bakar guna suhu 170C




Resepi ni asalnya Mamasya dapat dr Lilydvalley..terima kasih pada kedua2nya...

9 comments:

rinduan citarasa said...

wah!!! kita sedang buat perkara y sama, bezannya Ayu bt muffin. Nie update blog sambil baking. lagi 25 minit baru muffin Ayu siap. heheheh.. kebetulan kan

Qhaifa Nur said...

salam...

nampak beza cupcakenya...
anak-anak pasti suka tengoklah tang coklat chipnya...

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Liza..wahhh kaya nga choc...Simpan resipi dulu

Wani said...

MONTOKNYA CUPCAKE.LAMA DAH TAK BUAT CUPCAKE NI

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak mewah sgt tu... mest sedap kan..

Mamasya said...

Salam Liza
Sama2 Liza. betul tu teksurnya dan cara2nya lebih kpd muffin...
merimbun CC...penuh choc chip tu...tu yg anak2 suka.

Anna Qawina said...

nampak menggunung gitu kita panggil mapin la ye sonang...hhee..mewah rasa coklat ni..

zila norazila said...

memang gebu2..zila dah lama btl x buat..:)

rahel said...

Nampak sedap...teringin la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...