Monday, July 8, 2013

Popia Bersira Pedas...



Buat lagi dan lagi popia ni sbb family Liza mmg suka sgt...nk mkn pun senang kan, ambik satu terus ngap, tak yah nak cicah2 bagai...



RESEPI POPIA GORENG BERSIRA

Bhn2:

  • kulit popia secukupnya
  • UNTUK INTI
  • 1 batang carrot - dihiris halus
  • 1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
  • 1 mangkuk kubis yang dihiris halus
  • taugeh - jika suka (hana x ltk)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • garam
  • perisa@gula
  • UNTUK SAMBAL SIRA
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu makan bawang merah n putih kisar
  • 2 sudu besar sos chili - hana guna sos cili thai
  • sedikit belacan - jika suka
  • sedikit air asam jawa@cuka
  • gula melaka@gula putih
  • garam
  • bijan sangai
Cara-cara
  1. UNTUK INTI - tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula. tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
  2. UNTUK SAMBAL SIRA - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!



4 comments:

Acik Erna said...

assalam liza..dulu acik selalu beli ni..jiran depan rumah jual..masa dok quaters klia..sedap..tapi tak pernah cuba buat sendiri

Cida de' Nuanza said...

feveret en suami ni..thanx kongsi resepi... selama ni tau beli je..hihi

ساريده سنين said...

sedapnye...

Nur Idarlianty said...

Suke!
Thank you =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...