Thursday, July 18, 2013

Mini Roti John...


Liza mmg selalu buat roti john guna inti karipap sbb bg Liza rasa dia lg umpphhh...apa2 pun terpulang pada citarasa masing2 kan..family Liza mmg suka cmni..



RESEPI MINI ROTI JOHN

Bhn2 inti karipap bonda:
200 gm ayam @ daging - potong kecil2
500 gm ubi kentang / ubi keledek - potong dadu
5 ulas bwg merah *
1 ulas bwg pth *
1 cm halia *
Cili mesin - 2 s/besar
Serbuk kari ayam - 3 s/ besar
1 labu bwg besar - potong dadu
Daun sup - hiris nipis
Garam, gula dan serbuk perasa
Minyak utk menumis
Air

- tumbuk lumat bhn bertanda *.
- campurkan bhn2 tumbuk, cili mesin dan srbk kari bersama sdkt air..kacau sebati.
- panaskan minyak dan tumis bhn td hingga garing dan naik bau.
- masukkan ayam / daging dan sdkt air .
- bila ayam /dgg dah empuk, masukkan ubi kentang/ keledek bersama air secukupnya utk mengempukkan ubi td.
- masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa.
- bila dah cukup rasa dan ubi td dah empuk, masukkan daun sup dan bawang besar yg dipotong dadu.
- gaul hingga bhn2 sebati dan betul2 kering.
- sejukkan dan sedia digunakan.
- sesuai utk roti john, karipap, inti puff segera, inti roti, inti mini murtabak dll...
- blh jugak disimpan dlm fridge utk tahan lama...bila nak guna, keluarkan dan biar lembut baru guna..



Bhn2 lain:
Roti hotdog - belah 2
Telur secukupnya - dikocok
Inti karipap
Sedikit butter

- satukan telur kocok dgn inti karipap yg diperlukan.
- panaskan butter, letak telur + inti karipap td secara memanjang ( ikut bentuk roti) dan terus letak roti hotdog diatasnya..
- masak hingga telur + inti masak dan roti sedikit garing, balikkan..
- bakar sekejap shj dibhgn luar..
- angkat dan sedia dihidang..
* blh jugak dipicit mayonis atau sos cili atau sos blackpepper..tp Liza suka mkn cmtu je, dah cukup rasa...





8 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum liza..
kalau gi pasar ramadhan.. anak2 mmg suka order roti john ni.. tapi saya kalau buat kat rumah lagi selera.. sebab macam2 boleh letak.. sedap kan.. tq for idea..

Cida de' Nuanza said...

roti john menu pilihan time puasa ni kan..
mcm kt bazar putrajaya, mak oiiii... panjang gile Q dia...

Kella said...

waaaa kak.. ini la resepi yang saya cari cari! nak buat la balik karang.. nak cari roti je nanti! tq kak.. =)

Qhaifa Nur said...

salam..

setiap kali pergi pasar malam atau bazar, nur teringin nak beli roti john ni tapi takut pernah kena intinya basi..
mereka dah siap bungkus kan...

baik buat sendiri kan...

IeRA said...

sedapnya...

kakinakl.com said...

salam ramadan
wah nampak sedap..untung buat sendiri kan

rahel said...

Salam ramadhan...
roti john memang sedap..tapi belum pernah buat kat umah...beli je ..

Mieza said...

Bila tgk roti john liza ni teringat abang mieza yg suka sgt berbuka [osa dgn roti john..banyakkkk dia makan roti john hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...