Assalamualaikum wbt...Liza suka cuba cucur udang pelbagai versi, ada yg guna yis, ada yg guna baking powder dan yg ni pun ada kelainan jugak...apa2 pun rasa cucur udang ni mmg lembut n sedap..
Terima kasih pada Azie dan Kkida, resepi cucur udang ni Azie amik dr dapur Kkida...sorry ye Kkida, tak boleh nk link kan kat blog akk., tak jumpa..Liza CnP resepi ni dr dapur Azie, mintak halal ye..
RESEPI BEST EVER CUCUR UDANG
Bhn2:
2 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking soda
1 cawan udang kecil putih
3/4 cawan bawang besar putih - cincang
1 biji cili merah - cincang
1 cawan daun kucai - cincang
3/4 cawan isi jagung, fresh atau frozen - xletak sbb xde stok
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kunyit
1 biji telur - Liza tambah
1/2 cawan air panas thermos
1 1/2 cawan air biasa
1/2 cawan gandum (extra)
Cara cara:
Satukan semua bahan di atas dalam mangkuk dan digaul rata.
Masukkan air panas dan diikuti air sejuk sedikit sedikit ke dalam tepung sambil dikacau rata. Jika terlembik, masukkan lagi 1/2 cawan tepung gandum extra sedikit sedikit dan gaul hingga betul betul sebati dan likat. Lebih sedap jika adunan dibiarkan dulu dalam 30 minit sebelum digoreng.
Panaskan minyak dalam dalam kuali dan sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng hingga kekuningan.
Hidang panas panas dengan sos dan mayonnaise atau dimakan begitu sahaja.
Nota:
Jika takda udang kecil putih udang sederhana besar ni pun boleh. Hanya gunting ekor dan muncung tajamnya, kemudian potong dua udang tu. Jika guna udang kecil putih, tak payah buang ekor dan kepala, hanya bersihkan dan terus campurkan ke dalam tepung.
2 comments:
assalam..
terliur haihhh tengok cucur udang.. tak jemu2 nak makan cucur udang walaupun bulan posa ni dah abis tepung dekat 2kg dok makan cucur sesaja... hahaha.. cucur udang mmg sedap.. terbaik lah..
selalu buat yang comel2 saja...
macam cekodok...
Post a Comment