Tuesday, July 30, 2013

Kuih Ketayap....



Assalamualaikum wbt semua...orang lain dok sibuk tayang biskut raya, Liza ni masih la dok tayang kuih muih n lauk pauk berbuka...tak pe la kan, biar lambat asal selamat....hihihii

Dah banyak kali Liza buat kuih ketayap ni, masih menggunakan resepi yg sama ye..jom la kita tgk resepi..



RESEPI KUIH KETAYAP

Bhn2 kulit:

1 cawan tpg gandum
1 cawan jus air pandan (5 helai daun pandan + 1 cawan air)
1/2 cawan santan / susu segar / air
1 biji telur
Pewarna hijau
Sedikit garam

Bhn2 inti :


½ biji kelapa parut
¼ cawan gula kabung
½ cawan gula pasir
1 helai daun pandan
¼ cawan air

Untuk kulit :
1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan.
2) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin.
3) Tuangkan sesenduk adunan dan ­lenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
4) Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung kemas­. Buat hingga habis. Sedia untuk dihidangkan.

Untuk inti:
1) Gaulkan semua bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.


5 comments:

rahel said...

Salam,kuih kesukaan kita dari jaman kecik hingga kini....

JaSSNaNi said...

hari tu cadangkan kat asben.. nanti nak buat ketayap.. tapi asben tak bagi green light pun.. dia kata best lagi kuih sagu.. :D hehehe so tak leh buat ketayap.. mama nak kena beli nanti je..

zana fahmi said...

Hari tu akk buat jg, ikut resipi yg ni jg.....senang n sedap. Berketul2 masuk perut..hehe..
Liza raya mana?

Qhaifa Nur said...

kalau dulu bln posa kuih ketayap ni mesti buat...sekarang seakan dah lupa pula...

Acik Erna said...

Assallam liza..sekali acik beli dipasar ramadhan..keras kulitnya.dan intinya lansung x de rasa
Rasa teringin lak nak buat petang ni.tq liza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...