Banyak sgt n3 tertangguh, mcm ni lah jadinya...terkejar2 sbb next week dah pose...hihihi
Apam polkadot ni pun entah bila Liza buat, cuma yg Liza ingat buat masa hari kantin kat sekolah kakak hari tu...mmg dah lama sgt..masih gunakan resepi yg sama dr Hana, cuma tukar kaler dan letak filling nutella...
RESEPI APAM POLKADOT COKLAT
Bhn2:
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - hana kurangkan
150gm susu segar -Liza letak susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) -Liza bbh inti nutella
Pewarna
- Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
- Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
- Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
No comments:
Post a Comment