Wednesday, July 3, 2013

Kek Black Forest....


Buat kek blackforest ni gara2 abg cakap dah lama kita tak beli kek black forest..lepas tu tanpa pengetahuan dia, Liza senyap2 beli bhn2 utk buat kek ni, pastu cepat2 siapkan kek masa dia tidur dan  letak dlm fridge, sorok la konon...abg mmg jarang bukak fridge, kiranya tu tmpat selamat la utk sorok brg...hihihii

Bnyk jugak resepi dan cara buat kek ni yg Liza jumpa, tp buat pertama kalinya Liza mmg nk buat macam rasa kek yg selalu kitaorg beli tu walaupun bukan seratus peratus...sbb rasa tu yg abg nk mkn..so, Liza gabungkan resepi kek span coklat dr dapur Naz, katnya Naz amik dr dapur Zack, manakala resepi asal pulak dr Aunty Yochana...terima kasih pada semua ye..

Cara nk buat kek ni pulak Liza rujuk kat SINI, katanya resepi dr Chef Anuar...terima ksaih jugak pada chef atas perkongsian ni...


RESEPI KEK BLACK FOREST

Bhn2:
180 g ceri hitam (dalam tin)
150 ml sirap ceri hitam (dari tin ceri hitam tadi.  saya asingkan 2 sudu besar daripada sirap ni utk bancuh tepung jagung)
20 g gula halus
2 sudu besar tepung jagung
1 biji kek span (saya guna 500 g sponge mix perisa coklat)- liza guna resepi kat bawah ye..
400 g krim putar manis (saya guna jenama anchor sebab ni ada cop halal dari malaysia.  kalau suka banyak krim, boleh tambah kuantitinya)
coklat urai (saya takde, so, saya tak gunakan)
parutan coklat pahit (pun takde, jadi, tak gunakan)
ceri merah secukupnya (saya nakkan ceri tu bertangkai, so, saya guna maraschino cherry)
 
Cara2 :-
  1. untuk sediakan inti ceri hitam, didih sirap ceri hitam bersama gula halus.
  2. bila dah mendidih, larutkan tepung jagung dengan sedikit sirap ceri hitam.  kemudian, tuang larutan tepung jagung ke dalam sirap ceri hitam yang mendidih tu.  kacau atas api kecil hingga mendidih semula & pekat.
  3. masukkan ceri hitam & kacau hingga rata.  padam api & biarkan sejuk ke suhu bilik.
  4. potong kek span menjadi tiga bahagian.  ketepikan.
  5. pukul krim putar hingga kembang & kental.
  6. sapukan sedikit krim putar pada lapisan pertama kek span.
  7. tabur separuh inti atas krim putar.
  8. letak lapisan kedua kek span, sapu krim di permukaannya & tabur baki inti tadi.
  9. letakkan lapisan terakhir.
  10. sapu baki krim putar di keliling kek.
  11. hias ikut citarasa.
NOTA : sebab kek ni menggunakan krim putar, kek hendaklah disimpan di dalam peti sejuk supaya krimnya tak basi.

 
RESEPI KEK SPAN COKLAT
 
Bhn2:
 
  • 3 biji kuning telur saiz A ATAU 4 biji kuning telur saiz B
  • 100 gm gula kastor
  • 120 gm tepung naik sendiri
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 50 gm minyak jagung
  • 1 tsp esen vanilla
  • ~ Campurkan semua bahan di atas dan gaul rata menggunakan senduk kayu atau ballon whisk hingga sebati.

    Bahan-bahan B:
    • 3 1/2 putih telur saiz A ATAU 4 1/2 putih telur saiz B (Naz guna 3 biji putih telur saiz A jer)- Liza pun  guna 3 biji
    • 1/4 tsp cream of tartar - optional (Naz tak guna) -tak guna jugak
    • 60 gm gula kastor
    ~ Dalam sebuah mangkuk yang bersih (pastikan tiada kesan minyak atau kuning telur), pukul putih telur bersama cream of tartar selama 2 minit hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga adunan bertanduk (adunan perlu menjadi ringan, gebu, putih dan bila diterbalikkan mangkuk, adunan tidak meleleh atau jatuh). Tapi jangan terlebih pukul.

    Bahan-bahan C:
    • 30 gm serbuk koko
    • 120 gm air panas
    ~ Campurkan dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

    Cara penyediaan:
    1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Sediakan dan lapik loyang 8 atau 9 inci dengan kertas kalis minyak. Ketepikan. (Naz guna loyang 8 inci) - Liza guna 8 inci jugak
    2. Masukkan adunan C ke dalam mangkuk adunan A. Gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga sebati.
    3. Masukkan pula adunan putih telur (adunan B) ke dalam mangkuk di atas dan kaup balik menggunakan spatula perlahan-lahan. Jangan terlebih kacau! Nanti kek yang dimasak akan mengecut atau mendap. Kalau rasa macam dah lama mengaup balik tapi masih kelihatan putih telur yang belum sebati dengan adunan coklat, berhenti mengacau. Ini bermakna putih telur telah terlebih pukul di atas tadi. Tapi jangan risau, terus tuang adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
    4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya mengikut oven masing-masing.
    5. Sejukkan kek yang telah masak di atas redai.
     


    2 comments:

    Wani said...

    lamanya tak singgoh sapo kak liza ni huhu.. mengancam la kek tu ..makin pro la akak ni buat kek..hihi

    Liza said...

    xde pro pun wani, amatur jah...hihihi

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...