Wednesday, July 3, 2013

Super Fudgy Brownies...



Brownies hasil skodeng dapur Kak Nor, sebenarnya ni lah pertama kali Liza buat brownies, cara buat dia tak sama dgn kek, lg senang kot...dan hasilnya mmg walllaaa...terima kasih Kak Nor..

RESEPI SUPER FUDGY BROWNIES

Bhn2:
120 gm mentega
220 gm coklat masakan
190 gm gula perang
130 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko
3/4 cawan coklat chip
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh coffee/mocha emulco

Bahan untuk ditabur:Liza tak letak
kepingan badam dan coklat chip secukupnya




Cara-cara:Alaskan loyang 10" x 10" dengan baking paper dan lebihkan bahagian tepi bagi memudahkan kita mengeluarkan brownies nanti.
Gris/sapukan baking paper dgn sedikit mentega. Ketepikan.
Panaskan oven dengan suhu 180C.
Tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan coklat chip diayak bersama.
Asingkan coklat chip tadi ke dalam bekas yg lain.
Carikan coklat masakan bersama mentega dengan menggunakan kaedah double boiler. Padamkan api.
Kemudian masukkan gula perang dan kacau dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Masukkan pula esen vanila dan coffee/mocha emulco (boleh digantikan dengan serbuk kopi segera) dan kacau lagi.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau hingga rata secara perlahan-lahan.
Seterusnya masukkan bahan-bahan yg diayak tadi sedikit demi sedikit.
Kacau hingga rata dan kemudian masukkan coklat chip.
Jangan kacau terlalu lama, sekadar coklat chip bercampur dan tiada nampak kesan tepung lagi.
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan.
Taburkan kepingan badam dan coklat chip.
Bakar sehingga masak, lebih kurang 45 - 50 minit.
Keluarkan dari oven dan biarkan selama 30 minit, barulah diangkat keluar dari loyang.
Letakkan atas redai dan biarkan sejuk dahulu barulah dipotong.
Hiaskan mengikut kesukaan masing-masing atau boleh juga dimakan begitu saja.

2 comments:

adda syuhada said...

nanti nk cuba la..tq share resepi..

warna warni said...

tq share resepi..nampak sedap sgt...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...