Friday, February 3, 2012

Pau Goreng 2 Versi....


Assalamualaikum dan salam bertemu kembali di hari Jumaat 020212.....cantik jugak date ari ni kan...org cakap bulan Feb ni bulan kasih sayang, bagi Liza setiaphari dan setiap bulan adalah hari kasih sayang...tp kan Liza suka sgt ngan no 2, mgkn betul kot org cakap no 2 ni adalah lambang kasih sayang...maknanya lahir bulan 2, anak no 2, semuanya penuh dgn kasih sayang...kan kan....hihihhiii

Semalam Liza dah buat inti kacang merah kan, so hari ni Liza nk tunjuk la pau grg yg Liza buat hari tu...kali ni Liza buat 2 versi, satu inti karipap dan satu lagi inti kacang merah....dua2 sedap bg family Liza sbb kuih pau ni mmg lembut....i likeeeee

Kali ni Liza cuba utk buat pau grg dr SINI pulak...Liza share kat sini pulak yer Ummi Hakim...thnx utk resepi ni...


RESEPI PAU GORENG

Bhn2:
  • 500g tepung gandum
  • 260 ml air
  • 6 sb gula halus
  • 3 sb marjerin
  • 2 sb susu tepung
  • 1 1/2 sb yis kering
  • 1 telur
  • 1 st baking powder
  • sedikit garam
  • utk Inti :  inti kacang merah dan inti karipap atau inti kegemaran
  • Minyak masak utk menggoreng



  1. Guna BM : masukkan semua bahan (kecuali inti) dan pilih menu utk uli, tunggu hingga siap. Guna tangan : masukkan semua bahan (kecuali inti) dlm mangkuk adunan, uli selama 30 minit atau hingga adunan tak melekat kat tangan.
  2. Bahagikan doh kepada bebola kecil (anggaran 20 - 25 biji).
  3. Ambil satu bebola kecil tadi, leperkan dan letak inti secukupnya. Tutup balik doh tadi supaya jadi bentuk bebola dan leperkan menjadi setebal anggaran 1cm.
  4. Ulang langkah 3 hingga habis semua bebola tadi. rehatkan pau ini selama 30 minit hingga menjadi 2x ganda saiz asal.
  5. Bila agak-agak dah cukup mengembang, bolehlah digoreng menggunakan api sederhana.
  6. Tunggu pau sejuk sikit, lepas tu boleh lah dimakan.



Liza buat setengah adunan jer, dan yg kat atas ni Liza frozenkan....senang bila2 jer nk mkn, keluarkan dan goreng....








12 comments:

Wani Sukarno said...

salam kak liza... wah kak liza.. entry menusuk kalbu hari ini .. h.. orang lahir dlm bulan kasih sayang la katakan hihi... lupa lak wani hari ni 2/2/12.. cantik tarikh tu kan ... waaa.. wani x pernah nak buat pau lagi .. asyik tukang makan ni ada la .. ;p

ucubakery said...

wahhhh..banyak masak..tolong2 lah bungkuskan orang dimeru ni...lapar tau..

HALAMANKU said...

SAlam Kak Liza sedapnyer lelagi inti wat sendiri.. erma kadang beli siap jek mmmm sedap tu wat sendiri blh buh byk2 nyum2

Liza said...

wslam wani...betul la tu...hihihi
wani try la buat pau ni, best tau...

Liza said...

ye la ucu, kita tuko ngan kek comel yg ucu buat, nak...hihihihi

Liza said...

wslam erma...betul tu, bila buat sndiri, inti blh letak bnyak2, kdg2 tu sampai tersengih keluar....hihihihii

Qhaifa Nur said...

salam

kalau gi pasar malam pau jenis yang dicari..
alahai geram pulak tengok..

Liza said...

wslam nur..akk mmg xpernah nk beli pau ni sbb dulu2 pernah beli tp intinya ciput jer...geram betul...

Melly Octaviana said...

Met siang kak Liza.. melly suka lah makan pau goreng,pesan yah kak yg intinya curry.. hehe

nOOrsha said...

salam....sedap nyaa pau goreng.. saya nak 2-2.. inti kacang merah ngan inti karipap.. :)

Nuwairani said...

selalu aje lupe nak buat forzen...senang kalo dh ada stok mcm ni...

Nur haura afeeya said...

*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
Hubungi utk order & pertnyaan:
*En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...