Tuesday, February 21, 2012

Puyuh Goreng Kicap....

Assalamualaikum dan selamat malam semua...ari ni nk share lauk puyuh grg kicap yg Liza buat hari tu...sesekali tukar selera sedap jugak kan....puyuh grg ni sama jer dgn ayam grg kicap....resepi biasa2, takde yg spesel pun....tp burung puyuh ni bnyk khasiat dia, berbaloi la dgn harga dia....Liza beli 10 ekor harga dia RM25...tak taulah murah ke mahal...

Liza share resepi grg kicap kat sini utk rujukan anak2 Liza nnt...semoga ilmu ini berguna pada mereka kelak....


RESEPI PUYUH GORENG KICAP

Bhn2:

5 ekor burung puyuh ( potong 2 @ 4) - perap dgn kunyit dan garam dan goreng
8 biji bwg merah - tumbuk
2 ulas bwg pth - tumbuk
6 s/b cili mesin
Serbuk perasa
1 biji bwg besar - hiris bulat
Kicap manis secukupnya
Minyak utk menumis

- panaskan sedikit minyak, tumis bhn2 tumbuk dan cili mesin hingga naik bau.
- masukkan kicap dan serbuk perasa, kacau sebati.
- masukkan pula puyuh yg telah digoreng dan bawang besar.
- gaul sebati dan bolehlah diangkat.
# garam tak perlu sbb puyuh dah masin...


Walaupun lauk ni simple, tp tetap mendapat tempat dihati family Liza....kalau grg kicap hari2 pun tak pe...hihihihhi


6 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Sedap ni....bak cikit

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Puyuh ya Liza..kak ros tak pernak masak.Makan pernah le...

kakna said...

kakna suka puyuh.
sedap masak apa pun puyuh ni.

EmbunRosaliza said...

Assalam liza, nampak sedap puyuh goreng kicap tu, tapi akk tak mkn puyuh la pulak, tp tgk terliur ni

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Liza..saya belum pernah masak sendiri puyuh ni..Walau sesimple mana pun cara masakannya..kalau kena selera sedappppppp kan...

Ayu said...

assalam liza, waduh burung puyuh akak punya favourite...tak kira dimasak macam mana, goreng ke berkuah ke.. sayang kat sini tak ada jual ..kalau nak makan kena beli kat johor..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...