Thursday, February 2, 2012

Kari Daging Berkentang....


Kalau anak Liza yg sulung ada, mst hari2 kena masak kari....suka sgt dia ngn lauk kari2 ni...nak kata anak mamak takde la pulak...hihihhii, anyway kari dgg ni pun Liza masak masa cuti raya cina ari tu...masak bnyak, dan pagi besoknya bekpes cicah ngan roti jer....

Kari dgg ni pun semua org dah tau buat kan, ye la menu biasa bg rakyat Malaysia yg suka makanan berlemak dan bersantan cmni...Liza titipkan resepi kat sini utk rujukan anak2 Liza di masa akan dtg...

RESEPI KARI DAGING BERKENTANG

Bhn2:

1 kg daging - dihiris kecil
5 labu bawang – dikisar
5 ulas bawang putih – di kisar
11/2 inci halia - dikisar
2 kuntum bunga lawang
2.5 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 tangkai daun kari
4 s/b cili giling
50 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
1liter santan cair
500 ml santan pekat
5 biji ubi kentang besar - dipotong 4
garam dan perasa secukupnya
Sdkt minyak - utk menumis




Cara-cara

Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bhn kisar, cili giling, rempah kari dan  3 sekawan hingga keperangan.
Bubuh daun kari . Masak atas api perlahan sehingga wangi.
Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.

8 comments:

HALAMANKU said...

Kak Liza... mana aci.. tak hilang tekak makan apam inti kelapa dah kuar kari daging he he he.. ni mkn ngan nasi panas2 sedapni.. dah tiba waktu lunch makin berkeronconglah perot ni he he he

mokwo® said...

salam liza...woaaah mcm2 ade ni hari..rumah mokwo kan hari2 bau kari...hihih bukan mokwo yg masak , jiran kiri kanan india..so dapur ku ber'kari' jugak lah!!..tapi memang sedap lah kari!

Mama Ema said...

baru lepas masak kari udang...hehehe

Qhaifa Nur said...

lama ni tak buat kari...
sedapnya...

izahdaut said...

lama dah tak makan kari daging. sedapnya makan ngan lempeng. akak nak tanya, apam pandan tu kalau tak buh inti sedap tak kak?

cik cek said...

Perut memang lapo...maklum jelah belum lunch lagi...tgk pulak lauk kari kat sini...bertambah lapo la perut kak cek ni...:)

ady said...

as-salam LIZA
mmmm... rasa lapar la pulak tengok kari daging ni..sedap mkn dgn roti perancis....

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Liza..wahhh kari daging..Ni kalau ada lebih lauk tu, boleh buat roti jala ni buat cicahan sarapan pagi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...