Saturday, February 25, 2012

Kek Cawan Pisang + Prune....


Assalamualaikum dan salam dihujung minggu semua....ari ni mesti dah plan nk g shopping kan...nnt jgn lupa pulak, ajak Liza sekali yer...ekekekeke

Sebenarnya kek pisang ni Liza tgk kat umah Iza hari tu...dah namanya 'antu pisang' kan, pantang nmpk ada resepi pisang mst nak buat....hihihii..ape2 pun kek ni mmg best dan wallllaaaa...biasanya anak2 Liza tak suka mkn buah2 yg ada kat dalam kek @ kuih muih, tp bila buat kek ni, diaorg blh cakap sedap la pulak....haaaa, baru diaorg tau kan...kalau tidak bnyk sgt songehnya....

Kali ni Liza buat kek ni dlm cup kecik2, senang anak2 nk bawak bekal g sekolah...ok jom kita tgk resepi ni yer...tq bebnyak la pada Iza, mintak halal akak share kat sini pulak yer.....

RESEPI KEK PISANG + PRUNE

Bhn2:
  • 250 gm butter
  • 100 gm brown sugar
  • 80 gm gula kastor (boleh tambah bergantung pada kemanisan pisang)
  • 5 biji telur
  • 100 ml susu segar
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 200 gm pisang, lecek
  • 60 gm coklat rice
  • 10 biji prune, dihiris halus
  • 320 gm tepung naik sendiri*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat* (*diayak)



 
 
 
 
CARA PENYEDIAAN :
❀ Lengser loyang bulat 22cm. Alaskan dasarnya dan lengserkan lagi dengan marjerin.
❀ Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
❀ Masukkan telur satu persatu sambil diputar rata.
❀ Bubuh susu dan vanila. Kacau sebati.
❀ Masukkan pula pisang dan prune. Kacau rata dengan spatula.
❀ Akhir sekali, masukkan 1/3 tepung dalam adunan...kaupbalikkan. Masukkan 1/3 lagi, kaupbalikkan. Dan baki 1/3 lagi tepung digaulkan dengan coklat rice dan masukkan ke dalam adunan, kaupbalikkan hingga rata.
❀ Tuangkan dalam loyang. Bakar hingga masak

6 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam liza, mmg senang nak mkn bila buat lam cawan gini, kat umah akk pun ramai yg suka kek pisang, tapi yg ada prune blum try lagi

Cheq Sue said...

pernah jugak tgk resepi CC pisang + prun ni, tapi jarang la nak membuatnya..sesekali dapat pisang yang sesuai memang suka makan gitu aje...takdan dan buat benda lain

Liza said...

wslam kak rosa...betul tu kak, buat kecik2 cmni, senang anak2 nk mkn...

Liza said...

sama la kat umah Liza ni cheq sue..kalau beli pisang nk buat kuih siap kena sorok lg, kalau idak, mmg xtau ke mana la kuihnya....hihihihii

IZA AKMA said...

Assalamualaikum,
Waaa..kak Liza dah cuba yer..
Versi cc ni senang takyah tunggu sejuk makan..kuar oven jer dah boleh ngap..anak2 nak makan pun senang..kita pun tak susah2 nak potong kan kak..kek ni lagi disimpan lagi bertambah kemoisannya..
Terima kasih kak Liza sudi mencuba.. :)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Liza..Mesti sedapkan kombinasi pisang dan prune tu..manis2 masam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...