Thursday, February 2, 2012

Apam Pandan....

Assalamualaikum dan salam sayang semua....hari tu ternmpak apam yg cantik gebu kat dapur Rahel dan kebetulan ada lebihan inti kelapa yg buat ketayap ari tu...so, bermulalah keje menggodek apam...mmg benar seperti yg dikata, apam ni mmg lembut dan gebu...


Tgk tu sampai terkeluar inti kelapa tu, tak senonoh betul....hihihihi..Liza letak nama apam pandan ni sbb Liza guna perasa pandan dan pewarna hijau..issshhhh pandai2 jer tukar nama kan...ekekekeke

Thnx Rahel sbb sudi share resepi yg simple ni...Liza mintak izin letak kat sini pulak yer...

RESEPI APAM PANDAN

Bhn2:

Bahan A:
3 biji telur sejuk
220g gula halus
275g softasilk (Rahel guna tepung gandum) - liza pun guna tpg gandum
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
140g coconut cream (Rahel guna 200ml susu cair) - liza guna susu segar
pewarna dan perasa pandan

Bahan B:
50g gula
125g gula melaka
1 sudu kecil corn flour dibancuh dengan 50g air
3 helai daun pandan
225g kelapa parut

Cara:

Semua bahan-bahan A dipukul dengan high speed.Bahagikan kepada beberapa
bahagian lalu diwarna mengikut kegemaran anda.Masukkan sedikit adunan ke
dalam acuan kemudian bubuhkan fillingnya lalu ditutup lagi dengan adunan te-
pung.Kukuslah selama 15 minit.

Bahan-bahan untuk filling hendaklah disatukan lalu dimasak hingga kering.


8 comments:

tun_telani said...

salam kak liza.. tun dh lama x mengapam.. mmg terliur betul nengok isi kelapa yg terkeluar tu.. xpernah pulak tun terpikir nk wat apam yg berinti camnih.

Ucu Faridah said...

sedang elok tu apam dah sedia untuk dihantar ke dapur ucu..lapar lah..

mala said...

mesti wangi ni!

Liza said...

wslam tun...akk pun dtg idea tu bila ada inti kelapa yg dok berlebih dlm esbok...

Liza said...

hihihihi ucu...udah abis laa...

Liza said...

betul tu mala, wangi ngan aroma daun pandan tu...

HALAMANKU said...

Salam Kak Liza.. camanani? terliur tgk apam gebus akak tu hu hu hu nak sikit kak ... tq kak masuk list.. hu hu hu beraper banyak q list da.. ha ha ha

cik cek said...

Harum bau pandan...emmm...bestnya...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...