Cantik tak? boleh la kan, janji tak meletop....ekekekekeke, jom kita cilok resepi dr Cheq Sue pulak...terima kasih daun keladi ye cikgu....
RESEPI KUIH BOM aka KUIH BIJAN
Bhn2: (10-11 biji)
50-60gm bijan
Minyak utk mengoreng
Bahan-bahan doh:
200-240gm tepung pulut
1 sudu makan tepung
gandum
1 sudu teh air kapur
190-200ml air
Sedikit garam
Bahan-bahan inti
kelapa: Liza guna inti kacang merah
60g gula melaka/gula
merah
20g gula pasir
50ml air
1/2 biji kelapa parut
Cara-cara
- Jerang gula
melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali kemudian
masukkan kelapa parut. Kacau atas api sederhana hingga inti agak
kering
- Dalam mangkuk besar,
gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam - Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh
- Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
- Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
- Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
- Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan
Petua utk kuih bom tak meletup dan tak
merekah:
1. Minyak mesti banyak
biar kuih bom terendam.
2. Minyak jgn terlalu
panas.
3. Jgn menggoreng
terlalu lama.
4. Terus menggoreng
selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.
5 comments:
dh bertahun2 tak mkn kuih nie,lain kali nk try wtlah...
sudi2kanlah mencuba yer myda...
Salam Liza,kak ros suka kuih muih traditional.tapi jarang buat sebab kaum kerabat kat rumah ni tak pandai makan.Kalau buat berbuih la mulut makan sorang2.kak ros ambik sebiji ya.
Kak Liza.. masih ada kah kue bom nya.. nasib baik tak meledak yah bom nya.. hehe
Salam Kak Liza..sedap kuih ni,,saya sukaaa tapi setakat ni selalu beli jee pasal tak confiden nak wat sendiri..
Tanya siket boleh..Pasal kuih ni buat dari tpg pulut, dia liat tak nanti...?Bukan apa, saya pernah cuba resipi yang guna tpg pulut..hasilnya sedeyyyyy sgt...bila sejuk jeee jadi liat..sampaikan buat kuih yg aduanannya tpg gandum dan hanya tambah 1 sb je tpg pulut pun jadi liat juga kuih tu..Ada petua ke utk elakkan kuih tu liat? Kata org terlebih uli pun kuih boleh jadi liat yaaa...?
Post a Comment