Sunday, February 5, 2012

Kek Pisang....



Selamat petang semua...resepi kek pisang ni dr dapur Naz..sedap n gebu, tu yg boleh Liza katakan...Liza buat 2 adunan dr bhn2 kat bawah....



                             Liza mintak izin share resepi kat sini pulak yer Naz...terima kasih...

RESEPI KEK PISANG

Bhn2:
  • 125 gm butter
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 3/4 cawan gula perang/ gula kastor
  • 3/4 cawan pisang yang dilecek halus
  • 2/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp soda bikarbonat* (* ayak bersama)
  • 1 tsp ovallate
  • 1 tsp esen vanilla
Cara-cara :

  1. Cairkan butter dan ketepikan.
  2. Masukkan gula, ovallate dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Putar pada kelajuan tinggi hingga adunan likat dan berkrim selama lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan asen vanilla dan pisang lenyek. Putar lagi hingga rata.
  4. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan butter cair. Gaul rata dan sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 175C menggunakan api atas dan bawah. Lapik loyang dengan kertas kalis minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit - 1 jam atau sehingga kek masak.
  7. Setelah masak, keluarkan loyang kek dari oven dan terus terbalikkan kek bersama loyangnya ke atas redai. Ini untuk mengelakkan permukaan kek menjadi mendap. Biarkan loyang kek kekal pada kek.
  8. Setelah 10 minit, keluarkan kek dari loyangnya dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihias atau dimakan.



7 comments:

Ummi Alesya Sofea said...

Assalamualaikum..
dah follow cni,nnt jmput ler ke blog liza plk yer.. :)

Acik Erna said...

Assalam liza..acik ambik resepi ye..dengan resipi dibawah sekali..insyaallah rasa teringin nak buat kuey tiaw

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Hai liza,dah lama kak ros tak buat kek pisang.petang2 minum tek kosong dan kek pisang mesti sedapkan?

Kak Sam said...

Tadi beli pisang, hajat dihati nak buat muffin pisang tapi tak nampak bayang pun lagi.

Mamasya said...

Aslmkum Liza
dah lama tak buat kek pisang, tambah2 kat sini hanya ada sejenis pisang je...kalau beli mmg cepat habis.

Nieza said...

Salam Maulidur Rasul buat akak sekeluarga. sedapnya kek pisang tu kak..lama dah tak buat..bila nk merajinkan diri buat tak taula..:)

Melly Octaviana said...

Met pagi kak Liza, kami suka makan kek pisang.. memang fav di rumah, lain kali mau coba resipe ini. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...