Monday, July 15, 2013
Puding Permata Sagu Gula Melaka...
Memang dah lama sgt nk rasa puding sagu gula melaka ni dan akhirnya tercapai jugak impian..rasa dia ala2 cendol bila makan sejuk2, ye la kan dgn gabungan santan dan gula melaka tu mmg terbaik lah...
Liza amik resepi ni dr dapur Raihana , Liza mmg kagum sgt dgn rRi ni, walaupun muda dan masih belajar tapi rajin memasak. siap ambik order lagi utk kawan2 yg sama2 belajar kat Moscow...mgkn sekarang ni Rai dah pun bergelar doktor, tahniah ye Rai...
RESEPI PUDING PERMATA SAGU GULA MELAKA
Bhn2:
Sagu merah:
2 cawan sagu
6 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Beberapa titik sirap ros
- masak sagu dgn air hingga masak, masukkan sirap dan gula pasir..
- gaul sebati hingga gula hancur.
- angkat dan masukkan ke dlm loyang, sejukkan..
Santan Lemak Manis:
3 cawan santan
Sedikit garam
Daun pandan
- masak dgn api sederhana, sentiasa dikacau..
- sejukkan dlm petiais..
Sirap Gula Melaka:
2-3 ketul gula melaka/ nise
1 cawan air
Daun pandan
- masak air gula hingga pekat dan likat, tapis..
- sejukkan dlm petiais..
Cara menyediakan :
- potong sagu ikut suka, masukkan ke dlm bekas atau mangkuk, letak santan lemak manis dan tuang sirap gula melaka..
- sedia dihidang, walllaaaa...
Labels:
kuih muih,
minum petang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Assalam liza..aucik pun suka ni..sahunya buat lembik2 gitu..sejukan sedapkan
Mmg sedap nie...x penah mis buatnya bila time puasa...puasa ni je blom smpt nak buat...
ada juga dlm list ramadhan..tp x tau le hari apa nk buat.. :-)
Post a Comment