Thursday, February 23, 2012

Pau 3S....


Assalamualaikum dan salam manis semua...macam biasa la, kalau kat umah ni tiap kali buat pau kena buat 2 versi...satu manis dan satu lagi pedas...diaorg ni buat cm kat kedai pulak kan...isssshhh

Kali ni Liza cuba satu lagi resepi pau yg tersohor semenjak dua menjak ni...pau ni sebenarnya Liza skodeng kat umah Kak Maz...memang patut pun pau ni di'sohor'kan sbb gebu n lembut sgt....ok lah, kita tak payah nk buang masa, jom kita terus tgk resepi yer....

Buat Kak Maz, terima kasih bebanyak sbb sudi share resepi ni...mintak halal Liza share kat sini pulak yer kak....

RESEPI PAU 3S

Bhn2:
  • 1 1/4 cawan tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 110ml air sedikit suam
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau


Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.
3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.
4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.
5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.
6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.
7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.

Pau ni kalau buat kecik2 dapat la dlm 14 biji, tp Liza buat sedang2, dapat dalam 10 biji jer....

11 comments:

HALAMANKU said...

Pau Daging 3 he he he boleh nak order2 inti aper he he he.. lamanyer tak wat pau.. teringin lah pulak.. pernah wat inti kelapa n inti kentang daging.. sedapnyer tgk pau tu.. join kak.. he he he

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Wah bukan main lagi...ingatdi office aje main pakai "S" - 5S, rupa2nya kuih pau pun ada "s"...canggih banget ni

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

sedap skrng musim pau...hikhik

EmbunRosaliza said...

Aslam liza, nampak pun gebu pau tu, lamanya tak buat pau, tu lah kalo buat nak kena buat inti pulak, rajin liza buat yg manis n pedas

tun_telani said...

Mmg sedap pau kak maz nih.. tun kalau pau, suka makan inti manis =) kalau dpt inti kacang lg suka ^^

Qhaifa Nur said...

salam..
lama dah tak dapat pau dari jiran belakang umah , rindu pulak..

makan panas-panas sedapnya rasa..

ieja amieja said...

dulu suka buat pau ikut resipi dlm bungkusan yis kering tuh..skrg dak lg..selalu beli jerk..kak..tpg gandum tu byk mana erk..akk tulis situ 1 1/4 je..guna cwn ke..

Wani Sukarno said...

salam kak liza .. rajin nya kak liza ni mengepau ... terliurnya dah lama tak makan pau hihi

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Liza..
Hehehe..siap ada 2 versi lagi inti pau tu.. Naz nak yg pedas 1 dan yg manis 1 boleh.. Best arr buat pau letak atas daun pisang.. Harum jer baunya..

Unknown said...

waa.. makan pau x ajak akak...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Liza..sedapnya pau ni buat minum petang ngan kopi panas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...