Assalamualaikum dan salam sayang semua....hari tu ternmpak apam yg cantik gebu kat dapur Rahel dan kebetulan ada lebihan inti kelapa yg buat ketayap ari tu...so, bermulalah keje menggodek apam...mmg benar seperti yg dikata, apam ni mmg lembut dan gebu...
Tgk tu sampai terkeluar inti kelapa tu, tak senonoh betul....hihihihi..Liza letak nama apam pandan ni sbb Liza guna perasa pandan dan pewarna hijau..issshhhh pandai2 jer tukar nama kan...ekekekeke
Thnx Rahel sbb sudi share resepi yg simple ni...Liza mintak izin letak kat sini pulak yer...
RESEPI APAM PANDAN
Bhn2:
Bahan A:
3 biji telur sejuk
220g gula halus
275g softasilk (Rahel guna
tepung gandum) - liza pun guna tpg gandum
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
140g
coconut cream (Rahel guna 200ml susu cair) - liza guna susu segar
pewarna dan perasa pandan
Bahan B:
50g gula
125g
gula melaka
1 sudu kecil corn flour dibancuh dengan 50g air
3 helai daun
pandan
225g kelapa parut
Cara:
Semua bahan-bahan A dipukul
dengan high speed.Bahagikan kepada beberapa
bahagian lalu diwarna mengikut
kegemaran anda.Masukkan sedikit adunan ke
dalam acuan kemudian bubuhkan
fillingnya lalu ditutup lagi dengan adunan te-
pung.Kukuslah selama 15
minit.
Bahan-bahan untuk filling hendaklah disatukan lalu dimasak hingga
kering.
8 comments:
salam kak liza.. tun dh lama x mengapam.. mmg terliur betul nengok isi kelapa yg terkeluar tu.. xpernah pulak tun terpikir nk wat apam yg berinti camnih.
sedang elok tu apam dah sedia untuk dihantar ke dapur ucu..lapar lah..
mesti wangi ni!
wslam tun...akk pun dtg idea tu bila ada inti kelapa yg dok berlebih dlm esbok...
hihihihi ucu...udah abis laa...
betul tu mala, wangi ngan aroma daun pandan tu...
Salam Kak Liza.. camanani? terliur tgk apam gebus akak tu hu hu hu nak sikit kak ... tq kak masuk list.. hu hu hu beraper banyak q list da.. ha ha ha
Harum bau pandan...emmm...bestnya...:)
Post a Comment