Wednesday, February 27, 2013

Nasi Impit Goreng....


Assalamualaikum wbt dan salam manis semua...hari ni cuaca ok sikit, diharapkan panas sampai ke petang la kan...sbb bila hujan ni bnyak aktiviti yg tergendala n terpaksa ditangguhkan...ape2 pun hujan tu sebenarnya rahmat pd kita, sebagai manusia kita sepatutnya bersyukur dgn apa yg Allah beri pada kita...jgn suka mengeluh, tak baik tawww...hihihihi

Berbalik la pada nasi impit grg, ni la pestime Liza mkn nasi impit grg..selama ni dok tgk je resepi yg berlambak2 tp tak pernah terbuka hati langsung nak try buat..sehinggalah satu hari tu dok borak2 dgn adik, dia bgtau dia dh buat nasi impit grg tu. sedaapp..dia cakap k.za try la...so, ni lah hasilnya...taraaaa


Rupanya mmg betul2 sedap bagai dikata, nak2 pulak Liza tambah ayam grg KFC kat dlm tu...perrghhhh

Resepi ni Liza ambik dr dapur Kak Ita yg diambil dr buku masakan Dato' Chef Wan...jom kita tgk resepi ye, thnx Kak Ita..

RESEPI NASI IMPIT GORENG

Bhn2:

Sedikit minyak masak
600 gm nasi himpit ~ dipotong kecil
1/2 sudu besar kicap pekat
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
4 ulas bwg merah - Liza tambah
1/2 sudu besar cili kisar
4 biji telur ~ dipukul sedikit
100 gm lobak putih jeruk ~ ita tak letak
400 gm dada ayam ~ dipotong kecil - guna ayam KFC
3 keping sosej ayam ~ dipotong kecil
400 gm taugeh
150 gm daun kucai ~ di potong 1 inc

Bahan Sos

50 ml Kicap cair
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
100 ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sedu besar serbuk pati ayam

Sediakan sos.

Kacau semua bahan bersama gula, garam dan serbuk pati ayam.
Perasakan secukupnya jika perlu dan ketepikan



  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak dalam kuali.
  2. Goreng nasi himpit dengan kicap pekat sehingga rata warnanya.
  3. Angkat dengan sudip berlubang dan ketepikan.
  4. Panaskan kuali sekali lagi dengan baki minyak yang tinggal dalam kuali.
  5. Tumiskan bawang putih dan cili kisar di atas api sederhana sehingga harum.
  6. Kemudian tambahkan nasi himpit yang di goreng tadi dan goreng sekali lagi sehingga rata.
  7. Masukkan telur, lobak putih jeruk, ayam, sosej dan perasakan secukupnya.
  8. Goreng selama 5 minit sehingga ayam masak sepenuhnya
  9. Masukkan taugeh dan daun kucai
  10. Kacau cepat-cepat dan matikan api
  11. Hidangkan segera

5 comments:

inahar ali said...

salam liza..wah akak pun x pernah try lg nasi impit goreng cenggini..nnti leh tryla!

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..saya pun belum pernah cuba..macam menarik juga ni...

Mayang ABDUL RAZAK said...

dalam list projek ni liza.. org johor mmg suka makan gini.. depa panggil lontong goreng..

Ann Ishak said...

sebelum ni saya selalu buang je nasi impit sebab kuah kacang dah habis, simpan pun sampai dah tak elok. lepas tengok resepi akak ni, dah dapat idea untuk goreng nasi impit pulak...tak membazir. terima kasih untuk resepi ni kak :)

cik niQi said...

Sedaap. Favourite kowt skrg. Pestime jugak buat artu mmg marvelous. Letak cili kering kisar bawang merah n bwg putih blend dgn telur . Nyumm2. Simple but very nice

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...