Wednesday, February 6, 2013

Bingka Roti Berlauk....



Pertama kali mkn bingka roti berlauk ni, terus jatuh cintan...sedap tak seperti yg Liza bayangkan...tu la org kata, tak kenal maka tak cinta kan...sampai anak2 pun suka nk minta buatkan lg...



Ambik dr dapur CMG, tp Liza gunakan inti karipap yg ada balance lg tu...Liza share resepi kat sini pulak ye Cik Mat, utk rujukan Liza di masa akan dtg...thnx

RESEPI BINGKA ROTI BERLAUK

Bhn2:
BAHAN KUIH TALAM@BINGKA :-)
6 -7 keping roti putih, dipotong kecil
400 ml santan (mat guna 200 ml santan + 200 ml susu cair)
1 1/2 camca besar tepung gandum
1 1/2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
2 biji telur
Garam secukup rasa
1/2 camca teh gula (yang ni mat tambah)

BAHAN LAUK :-)- Liza gunakan inti karipap
200 g daging cincang
1 biji bawang besar, cincang
1 biji sederhana kentang, kupas dan dadu kecil, rendam
1/2 batang lobak merah, kupas kulit dan dadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*tumbuk halus)
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1 1/2 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1 pokok daun ketumbar, hiris (yang ni mat gebu tambah)
500 ml air
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam dan gula secukup rasa dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan lada hitam dan daun ketumbar, kacau rata, matikan api, angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK BINGKA ROTI:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci, alas dasar tin dengan aluminiun, biar berlebih pada kiri dan kanan tin, lenser juga dengan mentega. Ketepikan. Roti yang dipotong kecil tadi direndam dengan santan + susu tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Tuang dalam tin dan bakar 30 minit.
  3.UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tekan sedikit dengan sudu. Tabur bahan lauk (n0.1) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi..



1 comment:

sutera ungu said...

Sedapnya....1st time tengok tp mmg nmpk sdp...
Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...