Saturday, February 9, 2013

Red Velvet Nutella n Nutty Caramel Cake....


Assalamualaikum wbt..." HAPPY BIRTHDAY TO ME'....hihihhi sendiri besday, sendiri wish...dan Happy Birthday jugak utk semua yg lahir pada bulan kasih sayang ni....semoga kita semua dipanjangkan umur, dimurahkn rezeki, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa di bawah lindunganNya....Aamiin...

Sempena hari yg spesel utk diri sendiri ni kan, Liza buat kek yg sdg hangat di pasaran...anak2 suruh beli je tp malas la, buat sendiri lg berbaloi rasanya walaupun tak secantik yg jual kat kedai kan...semoga semuanya berkat..


Resepi  kek ni Liza ambik dr tokey kek Ana, thnx ye Ana sbb bnyak tips yg akk dapat kat dapur Ana...akk minta izin shareepi kat sin i pulak ye, tp ada yg Liza ubah sikit, ada nutella n walnut caramel utk filling dia...

RESEPI RED VELVET NUTELLA N NUTTY CARAMEL CAKE

Bhn2:
A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)

D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @cuka kurma
1 camb pewarna merah

E:
240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)



CARA-CARA:

  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
  • Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.


RESEPI KRIM CHEESE :

  • 500 grm whipping cream-brand VIVO
  • 250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
  • 60 grm gula icing
  • 110 grm butter
  • 2 titik lemon paste
  • 3 s/b nutella - Liza tambah

Cara -cara :
  • Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
  • Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
  • Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
  • Boleh digunakan untuk menghias kek anda

RESEPI NUTTY CARAMEL;

40 gm walnut
60 gm gula kastor

- masak gula hingga kuning, masukkan walnut dan gaul.
- tutup api dan ratakan atas dulang.
- bila dah sejuk, patah2kan



4 comments:

Pen Biru said...

assalam.jom join segmen saya http://www.penbiru.com/2013/02/segmen-bagi-pi-wwwpenbirucom.html

Amie said...

Happy belated birthday Liza... senyum selalu, panjang umur & murah rezeki... kita suka red velvet ni, ada lagi tak?

Cheq Sue said...

selamat hari ulang tahun...errrr, yang ke berapa neh? rahsia eh? semoga sihat, gembira & bahagia sokmo...

Mieza said...

Happy birthday Liza..semoga dipanjangkan usia dan dimuarhakan rezeki selalu...itu kek besday red velvet nampak sgt menggiurkan..meh akak tolong tiupkan lilin...ni besday yg ke nerapa ni dea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...