Wednesday, February 6, 2013

Chilled Blueberry n Nutella Cheese Tart....

Assalamualaikum wbt, semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dan rezeki dr Yang Maha Esa...ni salah satu resepi tart dr dapur Rahel yg duk nun jauh di Sabah...terima kasih bebanyak ye Rahel, tart  ni cukup senang dan sesuai sgt utk org yang tak berapa rajin macam Liza ni....hihihiii

Tart ni dah lama Liza buat, maknanya dah habis la ye..pada sesape yg nk mencuba tart yg simple n sedap ni, ape tunggu lagi, yuk kita intai resepi kat bawah...thnx ye Rahel, Liza minta izin CnP resepi kat sini pulak ye...


Liza buat 2 versi, satu blueberry dan satu lg Liza campurkan dgn nutella, sedap woooo....

RESEPI CHILLED BLUEBERRY N NUTELLA CHEESE TART

Bhn2:
Bahan pastri manis:

80g mentega tanpa garam
180g tepung gandum-diayak
50g gula aising-diayak
1/2 sudu teh susu tepung
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan kuning telur
1/2 sudu makan putih telur
1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuat pastri:

1.Guna tangan,gaul mentega,garam,gula aising,telur & esen vanila hingga sekata.
2.Masukkan tepung gandum dan susu tepung.Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
3.Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat.Buat sampai habis.
4.Bakar tat dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 200'C selama 25 minit.
5.Setelah masak,biarkan suam kemudian keluarkan tat dari acuan.Biarkan sejuk.


Bahan Inti Blueberry n Nutella Cheese Cream:

250g cream cheese-biarkan pada suhu ruang
100g non-dairy whipping Cream-diputar hingga gebu dan bertanduk
70g gula aising
4 sudu besar blueberry pie filling
Blueberry pie filling secukupnya untuk inti tat.
3 s/b nutella - Liza tambah


Cara menyiapkan Chilled Blueberry Cheese Tart:

1.Isikan 1 sudu kecil blueberry pie filling ke dalam kesemua tat.Ketepikan.
2.Putar cream cheese,gula aising hingga licin.Tambahkan 4 sdb blueberry filling dan teruskan putar hingga rata.
3.Masukkan whipping cream dan kaup balikkan hingga bercampur rata.
4.Masukkan adunan cream cheese ke dalam bag piping yg sudah diletak nozel bulat.
5.Paipkan blueberry cream cheese ke dalam tat tadi.
6.Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.

- Liza bahagikan adunan cheese td pada 2 bhgn dan satu campur dgn nutella, satu lg campu dgn blueberry filling..




5 comments:

zana fahmi said...

Kena cuba ni liza, anak buah akak hari tu twit minta buatkan tart. Nak dtg bulan 6 nanti...hehe..jauh tu nak terbang Sabah utk tart makcik dia.
Simple je resipi ni...nutella tu agak mahal kan?

Tina Othman said...

sedapnya kak liza

lama tak makan tart, naknya yg ada nutella tu, yummy

Asyifa Mustaffa said...

Sedapnya....:-) mesti try yg cmni plak...:-)

faa.rosli said...

nyummeh!

faa.rosli said...

nyummeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...