Monday, February 18, 2013

Karipap Apam...

 
 
Buat apam ni gara2 dok terliur tgk kat dapur Kak Ita, mmg comel2 apam yg Kak Ita buat, kaler maler lagi....hihhii
 
Tapi Liza tak buat inti kelapa, yg merah tu Liza letak inti kacang merah dan yg kuning tu Liza letak inti kaya...anak2 lg suka inti kaya sebenarnya..tp adunan ni tak dapat bnyak pun, bg sesape yg nak buat bnyak tu eloklah gandakan sukatan bhn2..kang tak cukup pulak...hihihi

 
 
Sebenarnya inti tu terpulanglah pada citarasa masing2, suka hati nk letak apa pun sbb kita yg nk mkn kan...kalau nk tgk inti kelapa klik kat SINI atau SINI...


 


Liza nk ucapkan terima kasih pada Kak Ita sbb memanjangkan lg resepi yg asalnya dr Mama Mimi, thnx pada kedua2nya..Liza share kan resepi ni kat sini pulak ye...

RESEPI KARIPAP APAM

Bhn2:

Kulit:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan susu segar / susu cair
1/2 sudu teh yis kering
2 sudu besar gula pasir
Secubit Garam
1/2 sudu teh eno biru
1/2 sudu teh pes pandan
Beberapa titis pewarna makanan

Satukan 1 cawan tepung, gula, garam, air dan susu. Kacau rata
Tambahkan yis
Kacau rata
Tutup bekas dengan plastik
Perap adunan selama 1 jam

Selepas 1 jam, tambahkan Eno
Kacau rata
Kemudian tambahkan pes pandan dan pewarna makanan
Kacau rata

Panaskan non stick pan
Letakkan sedikit minyak
Sendukkan 1 senduk adunan dan layangkan pan agar adunan rata
Masak sehingga 2~3 minit jangan sampai hangus
Setelah angkat terus letakkan atas acuan karipap dan masukkan inti
Untuk mengelakkan kulit melekat pada acuan, letakkan sedikit minyak pada gigi acuan karipap agar mudah dikeluarkan dan tidak koyak
Ulang sehingga habis





RESEPI INTI KACANG MERAH BONDA

Bhn2:
250 gm kacang merah - rendam semalaman dan rebus hingga empuk
1 cawan gula pasir
1/2 keping nise / gula merah
1 helai daun pandan
2 s/b tpg jagung + sdkt air - bancuh
Secubit garam
Sdkt minyak

- mesin halus kacang merah td bersama sdkt air.
- panaskan minyak dan masukkan kacang yg dimesin.
- masukkan gula pasir, nise, garam dan daun pandan
- masak hingga agak pekat dan masukkan bancuhan tpg jagung.
- masak lagi hingga betul2 kering dgn api perlahan.
- bila dah terasa berat, maknanya inti kacang dah siap...

# masa masak inti ni kan, dia akan meletup2, so, berhati hati lah dijalanraya....ekeekekekke #

4 comments:

Gee® said...

Meriahnya karipap apam tu...nyam2x

hazila said...

Saya pun dah lama teringin nak buat kuih ni.

Kamsiah yusoff said...

singgah & follow sini..nak mintak karipap sikit..:)

Kakzakie Purvit said...

Tak pernah kakak jumpa lagi nie. Teringin nak merasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...