Thursday, February 21, 2013

Burger Sos Lada Hitam...




Assalamualaikum wbt...biasa beli je burger sos blackpepper ni, tp kali ni buat sendiri sos tu, baru puas hati mkn...tp adik tak nak sos ni, dia cakap dia nk burger biasa je...ape2 je la kan...

Sos blackpepper ni Liza ambik kat dapur Hana, masa tu dok terliur nengok oblong burger Hana, tp Liza baru buat hari tu guna sos bbq, so, kali ni Liza guna roti n dgg burger je...sama je kan...hiihihi

RESEPI SOS LADA HITAM

Bhn2:
  • 2 cawan stok ayam- (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - hana buh 1/4 je
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
 
  • Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
  • Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  • Goreng daging oblong (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  • Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  • Letakkan daging oblong yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.

2 comments:

faa.rosli said...

wow! meleleh tu tak tahan. sama melelh dgn air liur dah ni. lazatnyaaa..... :)

Qhaifa Nur said...

rasa hari ni nak makan burger lah..sedapnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...