Thursday, February 7, 2013

Kek Pisang Masam Manis....


Resepi kek pisang ni Liza ambik dr dapur Madihaa, katanya resepi asal dr dapur Kak Nor, nama  asal resepi ni kek pisang bercoklat tp Liza omit sikit sbb Liza tambah prune kat dlm kek tu, so, jadilah rasa dia masam manis...sori ye Kak Nor...hihihii

RESEPI KEK PISANG BERCOKLAT

Bhn2:
250gm mentega
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang (MaDiHaA letak tak banyak & hanya guna coklat chips + coklat rice)
8 biji prune ( cincang) - Liza tambahCara:
  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. K.Nor hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup.



7 comments:

hazila said...

Rasa macam nak makan kek pisang la pulak.

faa.rosli said...

nampak gebu je kek pisang tu...nak sepotong.. :)

rahel said...

Memang gebu..suka banget...

umi's cup cake said...

Salam kak liza,
Satu idea yang baik..tambah prune..lazatnya

Melly Octaviana said...

hmmm..enak nih kak.. ;)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahh.. kreatif.. mesti sedap ada rasa masam manis tu...

dari dapur nasya said...

Salam k liza....mesti ada banyak rasa kan kek nie....kalau makan sambil minum kopi o mesti sedap nihh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...