Wednesday, February 13, 2013

Nasi Ayam Penyet....



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali kpd semua kengkawan...mula2 Liza nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga kpd semua yg sudi wish brthday utk Liza samada kat blog atau kat fb Liza... dan semoga semua doa kita dimakbulkan oleh Allah swt...Aamiin..

Nasi ayam penyet ni dah lama Liza buat, pestime mkn kat kedai Ayam Penyet kat area Sri Gombak, lepas tu terus jatuh cinta dan mula lah geledah dapur kawan2 yg ada resepi ni...dan alhamdulillah terjumpa resepi ni kat dapur Cikgu Hana, mmg sedap sungguh ayam ni, hubby ngn anak2 pun suka...

Terima kasih pada tuan punya resepi ni ye, izinkan akk share kat sini pulak..akk CnP dr dapur Hana, thnx ye Hana..

RESEPI NASI AYAM PENYET

Bhn2:
Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik *hana rebus ngan hirisan halia dan juga btg saderi.- Liza pun sama
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat. - Liza pun xbuat
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal.
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Untuk Sup.

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tauhu Goreng. - Liza xbuat, xde stok
2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

  1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
  2. Goreng hingga garing.
Untuk Nasi - Liza guna resepi nasi ayam yg biasa Liza buat.
 4 cawan beras dibasuh dan ditoskan
 3 ulas bawang putih
 sedikit butter
 garam
 8 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
1 btg serai - ketuk
2 helai daun pndan
Sdkt pewarna kuning

  1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, serai yg diketuk dan daun pandan hingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan pewarna kuning, kacau sikit.. 
  4. Alihkan ke periuk elektrik dan masak mcm biase..

Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tauhu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

4 comments:

ady said...

as-salam
wahh!!npk sedap nasi ayam penyet ni..belum cuba lagi resepi nasi ayam penyet..

faa.rosli said...

sedapnya....

Liza said...

wslm, mmg sedap ady, try la...

Liza said...

faa, nnt bolehlah try ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...