Saturday, September 1, 2012

Nasi Arab Kaherah....

Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...nasi arab ni Liza buat hari tu, gandingkan dgn daging berkismis dan gulai itik serati...resepi ni Liza dapat dr SINI tp Liza ada olah sikit sesuaikan dgn rasa dan selera family Liza....ape pun thnxWana atas resepi marbeles ni....


RESEPI NASI ARAB KAHERAH

Bhn2:
2 gelas beras Basmathi
3 keping dada ayam - potong kecil
1/4 gelas minyak sapi
Sedikit minyak kacang
2 gelas air sejuk
6 ulas bawang merah - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sm halia
1/2 sudu besar ketumbar - ditumbuk
1/4 sudu besar jintan putih - ditumbuk
1/4 besar jintan manis - ditumbuk
Rempah tumis 4 sekawan
1 s/b lada hitam - tumbuk
1/2 cawan sos tomato
4 tangkai cili hijau - dipotong kecil
1 biji tomato - dipotong dadu
Sedikit daun ketumbar, daun bawang dan daun pudina
Sedikit kismis, gajus atau badam goreng
Sedikit kacang pis
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara menyediakan:

1. Panaskan campuran minyak sapi,

2. Tumis rempah tumis 4 sekawan dan bawang tumbuk sampai kuning dan wangi.

3. Masukkan ayam, rempah tumbuk, halia, air dan garam, serbuk lada hitam dan sos tomato..

4. Apabila mendidih, masukkan beras dan daun pandan

5. Masak seperti biasa hingga kering.

6. Kemudian masukkan cili hijau, tomato dan daun-daun pembangkit aroma.

7. Ketika menghidangkan Nasi Arab Kaherah, tabur kismis, kacang pis, gajus atau badam.

7 comments:

Amie said...

Wah! Arab Kaherah yea... sedapnya! Bolehlah tumpang lunch di sini ye Liza...

Liza said...

jemput Amie, jemput datang....hihihi

EmbunRosaliza said...

assalam liza sedapnya nasi arab ni, akk lum cuba lg ni

Norzie hany said...

Sedapnya Liza.

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Liza..
Amboiii..jauhnya datang nasi ni..dari Kaherah yer..heheheee..

Cam ne rasa itik serati ek? Naz tak pernah makan gulai itik la..

MamaEma said...

yg tahu wat nasi goreng je..huhuhu

quinnie said...

sedapnya menu...tak pernah lagi buat nasi arab..duk salin resepi je rajin..kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...