Friday, September 21, 2012

Roti Sumbat Sardin...thnx kak Nor


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari Jumaat penghulu bagi semua hari....alhamdulillah kita masih diberi kesempatan utk menjalani kehidupan di smping mereka yg tersayang....

Roti sumbat ni sebenarnya dah lama Liza buat, tp biase la kan...tuan umah bz memanjang...kalau bz masuk duit mcm orgt lain xpe la jugak, ni habuk yg bnyak....kuikuikui

Sape yg nak tgk cmner Kak Nor buat roti ni, klik la kat link tu ye...sebenarnya Liza buat terrrhangus sikit..sikit ke? hihihii..kalau tgk Kak Nor buat, cantik je...tp tak pe, yg penting sedapppp...tp Liza tak buat sos sbb bg Liza roti ni dah ckp segala rasa dia...(alasan org malas)..hihihi
So, pada sesape yg nak mkn dgn sos, tgklah kat SINI ye...

Liza mintak izin share kat sini ye Kak Nor, terima kasih daun keladi...

RESEPI ROTI SUMBAT SARDIN

Bhn2:

10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.


- Potong dua bun burger.
- Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
- Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
- Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
- Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
- Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.

- Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
- Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
- Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..

5 comments:

mala said...

salam ... mala dah pernah buat roti sardin ni mmg sedap . lebih kurang kot resepi dia :)

http://alamroon.blogspot.com/2010/11/bun-burger-poket.html

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum Liza...
selamat hari jumaat.. :)
wahhh kalau roti sardin camni, mmg nani pun suka.. lagi2 nani suka goreng2 punya... yg kolestrol tu la sedap.. kan kan.. hihihihi

Liza said...

wslam mala, ye la kan, kdg2 tu pusing punya pusing akn jumpa jugak resepi yg sama....hihihihi

Liza said...

wslm nani...tu la, anak2 Liza mmg suka roti ni, anak suka, ibu setuju....hihihi

Ucu Faridah said...

salam liza....sihat ke...rindu tau dgn awak...

roti sardin liza ni mmg mengancam n mmg sedap..tapau kan 10 ketul boleh...?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...