Thursday, September 20, 2012

Roti Kak Nor Lagi dan Lagi....


Kali ni Liza buat lagi roti guna resepi dr Kak Nor, roti ni tetap lembut walaupun dah simpan sehari semalaman, kali ni Liza buat inti kaya gambar atas tu dgn roti kosong tabur gula gambar bawah....jom kita try  buat..

RESEPI BASIC SWEET DOUGH KAK NOR

Bhn2:

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
WATER ROUX: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan

9 comments:

K.Nor said...

salam liza.. terkejut tengok tajuk roti k.nor hehehe.. mekasih sudi cuba lagi dan lagi.. kalau nak tahan lama, letak dlm plastik bag mcm roti kat kedai tu, insyaallah tahan lembutnya :)

Teacher Zaar said...

Takde BM susahlah ya.. Nak kena uli sendiri manual...

adda syuhada said...

nampak sedap jer..nanti nk cuba gk la resepi K.Nor nih..tp adda uli ngn tulang 4kerat ni jer la...huhuuhuh

adda syuhada said...

nampak sedap jer..nanti nk cuba gk la resepi K.Nor nih..tp adda uli ngn tulang 4kerat ni jer la...huhuuhuh

adda syuhada said...

nampak sedap jer..nanti nk cuba gk la resepi K.Nor nih..tp adda uli ngn tulang 4kerat ni jer la...huhuuhuh

ijayuji said...

Salam kak! Kita dah lamaaaaaaaa tak merotiii sbb dah lama cuti menguli jadik pemalas menjadik jadik gituuuu hiihiihii

Kak Nik Ja said...

sedapnyaaa..lama betul tak meroti...semangat belum dtg lagi!!amek bau di sini dulu!

umi's cup cake said...

Salam Kak Liza,
hari ni umi pun nak masukkan entry roti tapi roti biasa2 je..gebunya roti akak, rasa lapar pulak...psssttt.. nak seketul?

Anna Qawina said...

lamanya x meroti....rsp plg senang n suka ni...cicah kopi o yer..hii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...