Wednesday, September 19, 2012

Ikan Keli Berlado Kak Anim....


 
Assalamualikum wbt dan selamat malam, dah ada yg tidur ke? isshhh kan malam masih muda ni...hihihii
 
 
Ikan berlado ni Liza buat semalam, guna resepi dr dapur Kak Anim, tp Liza ubah suai sikit dr segi sukatan cili api tu...ye la kan, kang ternganga nganga pulak budak Yana tu mkn...sian kat dia, dah la ikan keli ni peberet dia.....ape2 pun mmg sedap ikan ni walaupun simple je...smlm Liza tgk Mas pun ada buat jugak ikan ni.....
 
Liza minta izin share resepi kat sini ye kak, terima kasih daun keladi....
 
RESEPI IKAN KELI BERLADO KAK ANIM
 
Bhn2:
 
5 ekor ikan sembilang-yg sudah siap di siang ( Liza guna ikan keli)
8 biji cili merah
25 biji cili padi-tak makan pedas kurangkan lerrr ( Liza cuma guna 15 biji jer)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur
minyak utk menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa
sedikit gula- segenggam
sedikit serbuk kunyit
5-6 biji limau kasturi
 
 
 
Cara

Ikan sembilang di bersihkan..Cuci dengan limau kasturi dan sedikit garam.Toskan
Ikan kemudian di gaul dengan garam dan serbuk kunyit;ketepikan
Panaskan minyak di dalam
Goreng ikan hingga garing.Ketepikan
Cili merah,cili padi,bawang besar dan bawang putih di kisar menggunakan pengisar kering.
Tambah air lebih kurang sesudu di dlm mangkuk sambal tu
Keluarkan lebihan minyak gorengan ikan tadi dan tinggalkan secukupnya utk menumis cili
Dengan lebihan minyak tadi tumis cili yang di kisar sehingga naik bau.
Masukkan garam,gula dan asam keping
Tumis cili hingga garing.kecilkan api
Susun ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal tadi di atas ikan..
- Liza masukkan ikan yg dah digrg td ke dlm sambal dan gaul sebati....
 

 




6 comments:

Qasey Honey said...

mmg nmpk myelerakan...dh tntu sedap...tgk sambalnye pon dh kecur..

Liza said...

mmg best ni Qasey...pedas menyengat, klaau mkn dgn nasi panas2, pergghhh...

JaSSNaNi said...

umakkkkai.. sodap bonar ha...
mmg best makan ikan keli berlado ngan nasi panas2.. anak2 saya pun mmg suka masak lado ni..

Shiela said...

terserlah kepedasannya.. memang best makan pedas pedas ni.. dapat pulak nasi panas kann.. mmg tak hengatlah kan.. :b

Mas said...

sedappppp..
dapat kat mas...
3 ekor keli pun tak cukuppp...he3

Teacher Zaar said...

Sedapnya.. Tp tak pernah masak sbb geli tgk yg hidup.. So kena org tlg masakkan ... Huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...