Thursday, September 20, 2012

Popia Goreng...


Assalamualaikum wbt dan salam 4 Zulkaedah 1433H....pekabar ye, diharapkan kita semua sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Esa....dan pada yg berpuasa sunat khamis ari ni, Liza ucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka....semoga semua amalan kita diterima olehNya...Aamiin

Sebenarnya dah bnyk kali Liza buat popia ni, bknnya apa, senang sbb Liza akan buat bnyak2 dan simpan bekukan...bila2 je nk mkn, terus grg dan boleh jugak buat  sira pedas macam kat SINI dan SINI...inti pun macam2 kita boleh letak ikut selera...

Pada sesape yg baru nk belajar buat popia goreng ni, bolehla tgk inti yg biasa Liza buat kat bawah ni ye...nnt bila2 dah mahir, suka hati la nk letak apa pun...

RESEPI POPIA GORENG

Bhn2:
  • kulit popia secukupnya
  • UNTUK INTI
  • 1 batang carrot - dihiris halus
  • 1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
  • 1 mangkuk kubis yang dihiris halus
  • taugeh - jika suka (hana x ltk)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  •  2 ulas bawang putih - tumbuk ( Liza tambah)
  • 1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend -kali ni Liza guna isi udang
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • garam
  •  perisa @ gula



  •  - tumis bawang besar dan bawang putih tumbuk hingga wangi, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau. masukkan udang kering/ udang. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula. tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.

     

    Wednesday, September 19, 2012

    Ikan Keli Berlado Kak Anim....


     
    Assalamualikum wbt dan selamat malam, dah ada yg tidur ke? isshhh kan malam masih muda ni...hihihii
     
     
    Ikan berlado ni Liza buat semalam, guna resepi dr dapur Kak Anim, tp Liza ubah suai sikit dr segi sukatan cili api tu...ye la kan, kang ternganga nganga pulak budak Yana tu mkn...sian kat dia, dah la ikan keli ni peberet dia.....ape2 pun mmg sedap ikan ni walaupun simple je...smlm Liza tgk Mas pun ada buat jugak ikan ni.....
     
    Liza minta izin share resepi kat sini ye kak, terima kasih daun keladi....
     
    RESEPI IKAN KELI BERLADO KAK ANIM
     
    Bhn2:
     
    5 ekor ikan sembilang-yg sudah siap di siang ( Liza guna ikan keli)
    8 biji cili merah
    25 biji cili padi-tak makan pedas kurangkan lerrr ( Liza cuma guna 15 biji jer)
    1 labu bawang besar
    3 ulas bawang putih
    1 keping asam gelugur
    minyak utk menggoreng secukupnya
    Garam secukup rasa
    sedikit gula- segenggam
    sedikit serbuk kunyit
    5-6 biji limau kasturi
     
     
     
    Cara

    Ikan sembilang di bersihkan..Cuci dengan limau kasturi dan sedikit garam.Toskan
    Ikan kemudian di gaul dengan garam dan serbuk kunyit;ketepikan
    Panaskan minyak di dalam
    Goreng ikan hingga garing.Ketepikan
    Cili merah,cili padi,bawang besar dan bawang putih di kisar menggunakan pengisar kering.
    Tambah air lebih kurang sesudu di dlm mangkuk sambal tu
    Keluarkan lebihan minyak gorengan ikan tadi dan tinggalkan secukupnya utk menumis cili
    Dengan lebihan minyak tadi tumis cili yang di kisar sehingga naik bau.
    Masukkan garam,gula dan asam keping
    Tumis cili hingga garing.kecilkan api
    Susun ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal tadi di atas ikan..
    - Liza masukkan ikan yg dah digrg td ke dlm sambal dan gaul sebati....
     
    
     
    



    Tuesday, September 18, 2012

    Cupcake Chocolate Moist.....


    Cupcake choc yg buat utk kawan2 angah yg dtg beraya ari tu...Liza dah pernah buat sebelum ni tp versi kek masa brthday abg...tp kali ni utk memudahkan kawan2 angah mkn, Liza buat dlm versi cupcake pulak...kek yg best, lembut n gebu..Liza mmg dah jatuh cintan habis dgn kek ni....

    Resepi ni Liza amik dr fp Madihaa..Liza buat 2 versi, satu topping buttercream dan satu lagi topping ganache chocolate...jom kita tgk resepi ni sekali lagi ye...


    RESEPI CUPCAKE CHOC MOIST

    Bhn2:
    1 ½ cawan tepung gandum
    1 cawan serbuk koko
    1 sudu teh garam halus
    1 sudu teh soda bikarbonat
    1 sudu teh baking powder
    (Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
    1 cawan minyak jagung
    1 ½ cawan gula halus
    1 cawan susu cair
    2 biji telur
    1 cawan air panas mendidih

    Cara-cara :-
    1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
    2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
    3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
    4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
    sebati.
    5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
    6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
    pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
    kek dah masak.
    7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

    P/S : Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan.



    RESEPI BUTTERCREAM

    Bhn2:

    80 gm butter
    250 gm creamwell
    1/2 cawan gula icing - diayak 3 kali
    1/4 cawan golden sirap
    
     
    
    - satukan butter bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih.
    - masukkan gula icing dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi.
    - gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
    - warnakan dan paipkan ke atas kek atau cupcake...
     
     

    RESEPI TOPPING CHOCOLATE

    Bhn2:

    1/2 cawan serbuk koko
    1/2 cawan susu pekat manis
    1 s/b minyak masak
    1 s/b mentega
    3 s/b susu segar / susu cair

    - masak semua bhn atas api perlahan hingga sebati dan kelihatan berkilat dan sedikit pekat...
    - sedia sejukkan sebentar dan sedia digunakan...


    Rendang Hijau Ayam dan Nangka.....

    Ni pulak kiranya sessi memperkenalkan rendang hijau pada cik hubby...sbb kan, area umah Liza ni ada org jual lemang dgn rendang hijau, tiap kali lalu kat situ mst cik hubby tanya, ada ke rendang warna hijau, sedap ke? so, utk menjawab soalan cepumas dan utk tidak ' menjakunkan' hubbyku, Liza pun buatkan lah rendang ni..


    RESEPI RENDANG HIJAU AYAM DAN NANGKA

    Bhn2:

    1 ekor ayam - potong dan bersihkan
    5 keping nangka muda - potong kecil dan rebus hingga empuk
    8 btg serai - kisar halus
    1 1/2 inci lengkuas - kisar halus
    11/2 inci halia - kisar halus
    10 ulas bwg merah - kisar halus
    20 biji cili padi - kisar halus ( blh tambah kalau suka lg pedas)
    5 biji lada hijau - kisar halus
    1/2 inci kunyit hidup - kisar halus
    5 helai daun limau purut - siatkan
    2 helai daun kunyit - hiris halus
    3 s/b kerisek
    Santan dr sebiji kelapa
    Garam dan gula
    1 keping asam keping
    Sdkt minyak utk menumis

    - panaskn minyak dan tumis bhn2 kisar hingga naik bau.
    - masukkan ayam, santan, asam keping dan daun limau purut.
    - bila mendidih, masukkan nangka muda, garam dan gula secukup rasa, masak hingga hampir kering.
    - masukkan kerisik dan  daun kunyit yg dihiris, gaul sebati.
    - masak hingga betul2 kering dan tutup api,
    - sedia dihidang bersama nasi , lemang atau ketupat....


    Pizza Riang Ria Raya....




    Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali 2 Zulkaedah  1433H....sebenarnya jgn terkejut ye, Liza buat pizza ni dah lama, biase la tuan umah ni kdg2 ada, kdg hilang....hihihii

    Liza buat pizza ni pun guna serunding daging dgn rendang daging yg lebih masa raya ari tu...so, jadi la nama dia pizza riang ria raya....amacam, riang tak?? hihihii

    Liza buat pizza ni guna resepi roti yg biase Liza buat...cuma tambah ape yg patut je, jadi la pizza..senang kan...moh kita tgk resepi dr Roshayati Johari ni...

    RESEPI BASIC BREAD DOUGH

    Bhn2:


    (A)
    500g bread flour/high protein flour
    100g sugar
    1 teaspoon salt
    30g milk powder
    1 teaspoon bread improver (optional)
    1 teaspoon bread softener (optional)
    4 teaspoons instant dry yeast

    (B)
    250ml water
    1 egg (lightly beaten)

    (C)
    40g butter
    40g shortening

    Method :
    1. Mix well all ingredients in (A)
    2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
    3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
    4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
    5. Punch down the dough to let the air out.
    6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
    7. Shape accordingly.
    8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
    9. Bake till golden brown.



                                                      Jemput makan semua....hihihii


    Wednesday, September 12, 2012

    Apam Puteri Ayu Lebaran....


    Assalamualaikum dan salam ceria buat semua....apam ni dah banyak kali Liza buat, boleh tgk kat SINI, SINI dan SINI....masih menggunakan resepi yg sama, cuma kaler je Liza bagi ceria sikit, almaklumlah kan raya lagi ni....ekekekeekeke




    RESEPI APAM PUTERI AYU
     
     
    Bhn2:

     A
    2 biji telur*
    1 cwn gula*
    1/2 s/mkn ovalette*
    1/2 s/teh esen vanila
    1 cwn pati santan / fresh milk
    2 cwn tepung naik sendiri

    B
    Kelapa parut
    Garam
    Tepung ubi
    - bhn2 ni Liza agak jer..satukan semua dan padat2kan kedlam acuan seri ayu yg telah disapu minyak..

    # Bhn2 bertanda * dipukul hingga kembang. Masukkan esen vanila dan santan / fresh milk.. Gaul sebati. Masukkan tpg dan pewarna yg dikehendaki..Masukkan adunan tepung kedlm bekas berisi kelapa td...Kukus selama 10 - 15 minit..






    Tuesday, September 11, 2012

    Pegedel / Begedel ....

     
    Resepi ni Liza dapat dr bibik sebelah rumah dulu...mmg suka sgt dgn pegedel ni, kdg2 Liza mkn cmtu jer...tp hari tu Liza gandingkan dgn mee soto tulang johor...mmg terangkat bebb....hihihii
     
     

     
     
    RESEPI PEGEDEL /BERGEDEL
     
    Bhn2:
     
    5 biji ubi kentang
    1 keping dada ayam / daging- potong kecil dan rebus
    Setangkai daun sup - hiris
    1 ulas bawang putih - ditumbuk lumat.
    Bawang goreng
    Sdkt serbuk lada hitam / lada sulah
    Garam
    2 biji telur - pukul sikit
    Minyak
     
    - ubi kentang digaul dgn sdkt garam dan rebus  / goreng hingga empuk dan lembut.
    - masukkan ke dlm bekas dan kenyek hingga hancur.
    - masukkan pula isi ayam / daging rebus, daun sup, bawang pth tumbuk, bwg grg dan serbuk lada hitam.
    - gaulkan semua dan kepal2kan, sementara tu panaskan minyak.
    - celup ubi kentang kepal td ke dlm telur dan grg hingga berwarna keemasan.
    - dah pun siap utk dimakan....
     
     
     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...