Masih menggunakan resepi yg sama, resepi dr Kak Anim, rasa mmg dah sehati sejiwa sgt dah dgn rasa pes tomyam ni....terima kasih Kak Anim sbb family Liza mmg suka dgn rasa tomyam ni..Liza pun pernah buat tomyam udang guna resepi yg sama...moh kita tgk resepi ye...
RESEPI TOMYAM AYAM ALA THAI
Bhn2:
6 ulas bawang merah*
2 biji cili merah*7 biji cili kering (ikut kepedasan masing2)*
1 in lengkuas*
2 batang serai*
1 sudu besar udang kering*
4 helai daun limau purut*
1 in belacan di bakar
air asam jawa.gula dan garam
Semua bahan di atas di kisar
- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan
kisar.
- Masukkan air asam jawa,garam dan gula.- Masaklah sehingga menjadi pes
Untuk Sup Tom Yam
ayam
udangsotong
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 in lengkuas-di ketuk
2 batang serai-di ketuk
lobak merah
cendawan
putik jagung
bunga kobis
(terserah nak banyak mana sayuran ini)
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato
1 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair - xletak
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar
Untuk Sup TomYamRebus ayam beberapa minit.
Masukkan bawang besar,bawang putih dan daun limau purut,serai,cili padi dan lengkuas.Lepas tu masukkan sotong dan udang.
Biarkan sebentar
Bila sudah sebati mendidih masukkan sayur2an.
Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal2 tadi,sos ikan,perahan limau nipis dan garam.
Padamkan api masukkan susu cair dan daun ketumbar..
-Memang betul cakap Kak Anim...enak banget nih....hihihiihihi
8 comments:
Uwaaa..merah dia punya kuah..pastinya mantap banget..
sawadikkap kak liza hihii..bestnya tomyam..mkn dgn bihun pun ok gak nii^_^
sedapnya tomyam, meh tukar dgn daging masak hitam ;)
salam...
tom yam ayam tuh, sedapnya..
betul tu rahel, lagi merah lagi mantap bebbb....hiihihhi
akk pun mmg suka mkn dgn bihun, tambah pulak cili api bnyak2....slurrppppp
meh la kita piknik bawah pokok kelapa kak....hhihihiih
wslam nur, ni mknn peberet akak, kalau mkn hari2 pun xpe....
Post a Comment