Wednesday, June 13, 2012

Bahulu Gulung Dayang....

Assalamualaikum wbt dan salam ceria semua ye...pekabar, diharapkan semuanya sihat2 di samping tugas yg tak pernah habis....ye la, kalau tak sihat cmner nk buat keje kan....hihihii


Liza ucapkan terima kasih yg tak terhingga pada teman2 yg sudi singgah kat dapur ni walaupun tuan umah ni kdg2 ado, kdg2 takdo....hihihihi

Sebenarnya ni pun salah satu menu yg tertangguh, tak sempat nk publish bebb...ambik dr MyR, mestilah resepi dr Dayang kita yg mmg pandai buat kek tu....thnx ye Dayang sbb share resepi ni...Liza mintak panjangkan resepi ni kat dapur Liza ye...

RESEPI BAHULU GULUNG

Bhn2: ( dulang saiz 9" x 7". Satu gulung utk 3-4 orang )

  • 90 g / 3/4 cawan / 9½ sb tepung gandum (diayak)
  • 3 biji telur A
  • 5 sb gula halus
  • 1 sdt esen vanilla / jus lemon
  • 2 sb jem raspberi
  • sedikit gula halus utk taburan

Cara-cara

  1. Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
  2. Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)
  3.  Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
  4.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik. (kaup tepung dgn perlahan shj)
  5.  Tuangkan adunan ke dlm dulang yg tlh disediakan. Ratakan.
  6.  Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. Jadi, hrp2 dpt adjust sendirilah yer.
  7. Panaskan jem raspberi sehingga cair.
  8. Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
  9. Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.
  10. Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.
  11. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

Bab gulung menggulung ni mmg Liza fail lagi, tp tak pe, usaha lif kejayaan....caiyok2....



4 comments:

Nuwairani Ismail said...

salam kak liza...nani belum pernah lagi buat bahulu gulung mcm ni. tak berkeyakinan lagi. buat kek gulung untuk roulade pun boleh patah2 dah. adeh

~~zana@pb~~ said...

Gulung menggulung ni akak fail la LIza.
Sibuk beno skrg ni ye? dah jarang nmpl liza mana2 komen.

Liza said...

wslam nani, akk pun bkn pandai sgt, tp ttp nk buat jgk...hihihii

Liza said...

tak tau la apa yg Liza dok sibuk skrg ni kak...alhamdulillah ada jugak org yg caring ye...ekekkekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...