Monday, June 25, 2012

Roti Mamafami Pulak...


Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa kepada yg berpuasa sunat Syaaban hari ni....semoga ibadah kita sentiasa diterima dan diberkati oleh Allah swt...

Ni roti yg buat hari tu, kali ni Liza guna basic sweet dough dr Mamafami pulak, Liza amik resepi  ni dr CMG, terima kasih pada kedua2nya....roti ni mmg lembut n gebussss walaupun dah sehari semalaman...kalau tak caya, cubalah....Liza buat macam2 versi, yg kat atas tu filling nutella n roti keju bergula....yg kat bawah ni pulak roti blueberry n strawberry...


Jom kita intai resepi yg Liza CnP dr dapur Cik Mat ye, terima kasih sekali lg CMG ye...

BASIC SWEET DOUGH MAMAFAMI

Bhn2:
400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (mat ganti dgn bread softerner) - Liza pun guna bread softener
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
  3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....
- Liza guna BM jer, senang campak jer kat dlm tu, suruh dia keje....hahahahaha

14 comments:

Asyifa Mustaffa said...

As salam K.Liza...
roti ye...senang ler pakai BM..klau sy nak ngulinya...ntahla...beli jer la roti cmtu....hehe....

EmbunRosaliza said...

senang liza nk buat roti kalo ada BM, roti jd pun cantik je

Ucu Faridah said...

pinjam BM....nk jugak buat ...

Sari Yusa Ibrahim said...

Saya peminat roti tapi tak pernah buat sendiri. Bukan apa, takut saya yang makan lebih, hihihi...

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Rajin betoi meroti Liza..lama juga tak meroti ni..boleh lah buat sekali sebelum posa ni..ha..ha

zila norazila said...

rajin betul la..aiishh bila la zila nak rajin nie..sedappnyaaa..kecur btl la kak liza:)

Anna Qawina said...

nak beli 5 ringgit..hehe

ibundo said...

salam liza. Puas kalau buat roti sendiri kan? kita boleh letak apa je yang kita nak..
hmm.. sedap tu..

Rohah said...

rajinnya meroti...cantik pulak tu toppingnye..

dapurCikWan said...

Salam kak ;) minggu ni CW dah rasa lega skit sebab dah habis ganti puasa..last week pulun 3 hari.deret..Syaaban belum puasa lagi..dah liat balik nak start puasa ni...mood raya lagi ni...hihihi

macam mana nak puasa kan...hari2 duk bw sana sini, semua tayang resepi best2... tu roti akak tu....nampak sedap gak tu...haih... ;))

Melly Octaviana said...

cantik dan gebu roti nya, recipe roti mamafami memang best khan.. nyam..nyam

Hazwani Harun said...

waa, nampak sedap..singgah sini n dah follow =)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Liza..

wah meroti yer.. mama pakai mixer jer tak de BM allhamdullilah menjadi jgk kalau nk meroti :P

quinnie said...

sedapnya kak liza...pelbagai rotinya...sukaaaa!!! lamanya rasa tak meroti..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...