Sunday, June 10, 2012

Siakap Goreng Paprik...


Ni la resepi yg akan Liza masak kalau kehabisan idea...bkn ape, senang kan, sbb lauk n sayur  dalam satu...tak yah nk pening2 kepala lagi...family Liza pun mmg suka lauk2 cmni...biasa Liza main campak2 jer, lepas tu bila tgk kat dapur MyR, rupanya Mak Yong pun buat resepi yg lebih kurang sama..cuma Liza tambahkan daun limau purut utk bagi paprik ni lagi wangiiii...terima kasih ye Mak Yong, Liza minta izin share resepi kat sini pulak...


RESEPI SIAKAP GORENG PAPRIK

Bhn2:

1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumur garam
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
4 s/b cili mesin
Daun limau purut
2 biji cili merah - hiris
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. gorengkan ikan (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). - Liza grg ikan ni sampai garing
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih, cili mesin dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar, cili merah yg dipotong dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.


                      Perggghhh, makan dgn nasi panas2 ni mmg terangkat bebb....hihihihihi


12 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Sedap ni.... musim panas makan lauk macam ni.. nasi lembikkan sikit terbaiklah!

Norzie hany said...

Assalam Liza.
Sedapnya makan dengan nasi panas2 ni.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Hai liza.sedap ni terliur kak ros tengok ni.

tun_telani said...

Salam kak liza.. sedap! sedap!! ikan siakap mmg suka sgt2!! harga pun blh tahan la kan. hihi.. xpenah pulak ikan wat masak paprik.. kene try nih.

ibundo said...

siakap ni masak apa pun sedap. rasa macam nak cekut je ikan tu ha..

Lee said...

Hello Liza, Wow! Ini la best! Sedap tegok your this ikan sikap dish. I agak da 26 years tada makan ikan ni.
Ini da tentu tiga pinggan nasi lichin, ha ha.
You have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

rahel said...

Waw..ikan siakap memang sedap..lembut isinya..emm enak banget..

inahar ali said...

salam liza..lama akak x kesini..waduh dh abihh ek ikan siakap ni??

Amie said...

oh Liza....
nak tolong ratah siakap...nak isap2 sirip dengan ekornya sekali!

Anonymous said...

salam kak liza

sedapnya, selalu siakap buat 3rasa je, nanti boleh lah try dipaprikkan

ucubakery said...

ucu datang nk tolong basuh pinggan siakap ni...tapi harap2 adalah upahnye ye..hihihi...

Unknown said...

Wah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...