Thursday, June 28, 2012

Ayam Panggang Halia....

Ni pun menu yg dah lama Liza buat, hari ni baru berkesempatan nk update....huuhhh letih den...hihihii


Liza amik resepi ni dr dapur Kak Rose , katanya ayam panggang/ bakar halia ni Kak Rose amik dr dapur Kak Ummi Kuantan...terima kasih utk kedua2nya dan jugak pada pemilik resepi asal Kak Hanieliza....terima kasih daun keladi...

RESEPI AYAM PANGGANG HALIA

Bhn2:

  • 1 ekor ayam (saiz sederhana) (kak rose buat half jer)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:-

  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah





Cara Memasak:-

  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - tun x tumis , Liza pun tak tumis
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar). -tun bakar atas non-stick pan je, covered. lepas tu transfer ke atas grill.
  5. Hidangkan bersama salad dan timun.


                  Liza buat utk makan dgn nasi jer, simple menu tp sodaaapppp.....perghhhhhh



10 comments:

ady said...

as-salam kak Liza
amboiii tadi Spagetti Goreng Mamak..ni pulak ayam panggang halia..aduhh!!! sedapnye..

Qhaifa Nur said...

salam,
selalu pergi picnic, bole try nanti he..he..sedapnya...

umi's cup cake said...

Salam kak liza,
Ari tu umi goreng..kak liza keluar yang panggang..lebih sihat dan baunya pasti memikat..tunggu ujung minggu la nak buat

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedapkan.. kita dah pernah cuba, sehingga menjilat jari..

Pen Biru said...

kalau saya memang untuk diratah cm tu je nih..huhhu

zila norazila said...

salam syg kak liza..
kalau dapat kat zila habis diratah jew la..he hehee dah lama x panggang2 ayam kak..mesti best nie.nnt zila nk try jgk resepi nie:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tak pernah cuba lagi resepi ayam bakar kak ummi ni.. tp mmg nampak pun sedap tu...

inahar ali said...

salam liza..akak nk tumpang mamam lunch kt sini..leh x??

zuwaidah said...

salam kenal. pertama kali singgah sini.

Aymy With L♥ve said...

Salam kenal Kak Liza... Adoi, dalam kelaparan nampak pulak ayam panggang... Makan dengan nasi panas2 sedap ni... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...